PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM PELAKSANAAN KITARAN 1 PROGRAM STI 100^3 TAHUN 2025 BAGI SAINTIS UTeM KEPADA SMK KAMPUNG GELAM
Program ini telah dihadiri oleh 7 penyelidik dari RG Drone Technology, 40 orang murid, 3 guru dan pengetua dari SMK Kg. Gelam. Para pelajar diberi pendedahan tentang teori asas drone, pemasangan serta teknik mengawal penerbangan drone.
Maklum balas sangat positif diterima daripada pelajar dan guru, sekaligus membuktikan keberkesanan pendekatan ini dalam membudayakan STEM di sekolah. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga ia menjadi langkah berterusan dalam memperkasa minat STEM generasi muda.
PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM PELAKSANAAN KITARAN 1 PROGRAM STI 100^3 TAHUN 2025 BAGI SAINTIS UTeM KEPADA SMK DATO’ DOL SAID
Program ini telah dihadiri oleh 23 orang murid dan 2 guru pengiring dari SMK Dato’ Dol Said dengan tujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar sekolah berkaitan dengan pengenalan, lakaran 2D, asas permodelan 3D dan drafting.
Penganjuran ini mendapat maklum balas yang sangat positif daripada peserta. Pihak RICE UTeM-Melaka mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM PELAKSANAAN KITARAN 1 PROGRAM STI 100^3 TAHUN 2025 BAGI SAINTIS UTeM KEPADA SRA (JAIM) RIM Jasin
Program ini telah dihadiri oleh 3 pensyarah dan 2 pelajar UTeM, 25 orang murid bertempat di SRA (JAIM) RIM Melaka. Para pelajar diberi pendedahan tentang teknologi drone terkini melalui Drone Dji Neo, keupayaan mini solar panel untuk gerakkan model kereta dan cungkil kretiviti pelajar menghasilkan 3D objek melalui 3D pen.
Maklum balas sangat positif diterima daripada pelajar dan guru, sekaligus membuktikan keberkesanan pendekatan ini dalam membudayakan STEM di sekolah. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga ia menjadi langkah berterusan dalam memperkasa minat STEM generasi muda.
Program ini dihadiri 1 pensyarah, 3 pelajar dan 2 pengawai UTeM bertempat di SK Padang Temu Melaka sempena Karnival STEM SESC 2026. Para pelajar diberi pendedahan tentang teknologi Robot yang menggunakan konsep Line Following Behaviour dimana robot tersebut mengikut garisan hitam yang telah dilakar pada sehelai kertas A3. Selain itu, para pelajar juga diberi pendedahan terhadap model Edu Bit yang bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi serta mengenali STEM dan asas kod dengan cara yang menyeronokkan.
Maklum balas yang positif diterima daripada pelajar, guru, dan ibu bapa yang secara tidak langsung menunjukkan keberkesanan program ini dalam mengenali STEM di sekolah. Pihak RICE- UTeM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang memperkenalkan STEM dalam kalangan pihak sekolah.