Menghadiri Bengkel Strategi Pelaburan Penyelidikan bersama Industri anjuran Bahagian Hubungan Industri (BHI) dengan kerjasama Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (BKPI) serta Universiti Putra Malaysia, sebagai persiapan program University Research & Innovation Investment (URIIS) 2026.
Banyak food for thought tentang kerangka RDICE yang dikongsi YBhg. Datuk Ir Prof. Dr. Farhan sebagai kata aluan bengkel — antaranya mengingatkan kita bahawa komponen Research, Development, Innovation, Commercialisation & Economy - juga menuntut kita memberi penekanan khusus kepada huruf “E” untuk Economy. Setiap ringgit yang dilaburkan dalam penyelidikan perlu membawa pulangan dalam bentuk teknologi baharu, peningkatan produktiviti industri, peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan pembinaan daya saing negara
PELUNCURAN MINISTRY OF HIGHER EDUCATION RESEARCH AND INDUSTRY-INFUSED INCUBATOR (MRI3) BAGI KONSORTIUM AUTOMOTIF, LOGISTIK DAN REL
Perlantikan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagai penolong peneraju dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sebagai peneraju sektor automotif dalam pelaksanaan program Ministry of Higher Education Research and Industry-Infused Incubator (MRI3) atau Inkubator Penyelidikan dan Serap Industri (MRI3) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah dimeterai secara rasmi pada Khamis (6 November 2025). Dua lagi universiti peneraju MRI3, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi sektor logistik dan rel diterajui oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
INDUSTRIAL VISIT- REAL STEM & TVET: CTRM sempena KITARAN 1.5 PROGRAM STI 100^3 BAGI SAINTIS UTeM KEPADA SMK AYER KEROH
CTRM ialah peneraju dalam industri aeroangkasa yang mengkhusus dalam pembuatan dan pemasangan komponen komposit. Selain itu, syarikat ini turut menawarkan pelbagai komponen pesawat seperti sayap, nacelle dan fan cowl.
Delegasi dibawa ke setiap proses pembuatan struktur aeroangkasa bermula daripada proses in-house core atau kitting sehinggalah kepada final inspection untuk dihantar kepada pengeluar pesawat utama dunia.
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak CTRM atas layanan dan penerangan yang diberikan.