Semakan kurikulum akademik merupakan proses penilaian berkala dan komprehensif ke atas program pengajian—biasanya dilakukan setiap tiga hingga lima tahun—selepas kohort pertama bergraduasi. Ia bagi memastikan silibus sentiasa relevan, berkualiti tinggi, dan selari dengan keperluan industri semasa serta piawaian akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Proses ini mengintegrasikan maklum balas daripada ahli akademik (penasihat luar akademik), pakar industri (penasihat luar industri), pelajar, alumni, dan pemeriksa luar (moderator) untuk mengenal pasti kelompangan bagi hasil pembelajaran dan meningkatkan kualiti program. Ia adalah satu mekanisme penambahbaikan berterusan yang kadang-kadang memerlukan kelulusan peringkat Senat dan KPT bagi menjamin universiti terus melahirkan graduan yang kompetitif dan memiliki kebolehpasaran tinggi.