Fail Program merujuk kepada dokumen rasmi yang mengandungi maklumat lengkap dan terperinci tentang sesuatu program pengajian yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi. Penyediaan fail program adalah sangat penting dalam membantu menyediakan bukti pematuhan kepada standard dan garis panduan MQA serta ia perlu dikemaskini dari semasa ke semasa oleh ketua program bagi membolehkan semakan dan penambahbaikan berterusan oleh institusi.