PSAR
Program Self-Review Report
Program Self-Review Report
Program Self-Review Report (PSAR) ialah satu proses sistematik yang digunakan oleh institusi pengajian tinggi untuk menilai prestasi dan keberkesanan program akademik yang ditawarkan. Ia merupakan komponen penting dalam proses jaminan kualiti dan penambahbaikan berterusan. Seperti yang diketahui, semua universiti akan menjalani proses Audit Pematuhan Akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang akan dilaksanakan pada tahun 2027, dan persiapan bagi sesi audit ini telah bermula. Antara persiapan yang perlu dilakukan oleh PTJ adalah penyediaan PSAR yang komprehensif. Objektif utama PSAR adalah untuk:
Menilai pencapaian hasil pembelajaran program (PLO)
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program
Merancang tindakan penambahbaikan
Menyediakan bukti untuk audit & pematuhan oleh pihak MQA.