PENTAKSIRAN ALTERNATIF
PENTAKSIRAN ALTERNATIF
DEFINISI PENTAKSIRAN ALTERNATIF
Kaedah pentaksiran dalam bentuk yang bukan konvensional, Kaedah pentaksiran tidak terbatas kepada pentaksiran sumatif; kaedah yang diketengahkan boleh digunakan untuk pentaksiran formatif, autentik, assessment as learning dan lain-lain kaedah pentaksiran yang telah berjaya mentransformasi pentaksiran sesuatu hasil pembelajaran secara efektif, khususnya ke atas pencapaian hasil pembelajaran dalam domain Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF 1.0 atau MQF 2.0) dan keterlibatan pelajar. Kaedah yang digunakan terbukti mencapai sekurang-kurangnya satu hasil pembelajaran (learning outcome) untuk domain yang tertentu.
OBJEKTIF ANUGERAH
Anugerah ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pentaksiran alternatif yang telah berjaya mentransformasikan pentaksiran hasil pembelajaran sesuatu kursus secara efektif.
SYARAT DAN KRITERIA PENILAIAN
Syarat Permohonan:
Permohonan terbuka kepada individu / kumpulan individu.
Hanya satu (1) penyertaan setiap individu / kumpulan individu.
Pemohon perlu mengemukakan ebook (dokumen sokongan dan pembuktian dalam pdf) dan satu (1) video berdurasi tidak lebih daripada tiga (3) minit yang menerangkan projek masing-masing.
Permohonan MESTI diperakukan oleh Dekan/Pengarah setaraf atau Timbalan Dekan Akademik/setaraf.
Kategori : Pentaksiran Alternatif
Semua penyertaan projek / inisiatif bagi mereka bentuk semula pentaksiran alternatif dalam konteks pendidikan tinggi akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut:
Kriteria Penilaian
Rasional (10%);
Pendekatan (40%);
Keterlibatan Pelajar (20%); dan
Impak / Keberkesanan Projek (30%)
a) Rasional (10%)
Keperluan/cabaran/isu semasa yang mencetuskan pentaksiran alternatif.
Kejelasan objektif pelaksanaan pentaksiran alternatif.
b) Pendekatan (40%)
Penjajaran konstruktif antara pentaksiran alternatif dengan hasil pembelajaran.
Inovasi dalam kaedah pentaksiran alternatif
Keaslian inovasi dalam pentaksiran alternatif.
Keberkesanan alat pengukuran yang digunakan dalam pentaksiran alternatif.
Kualiti perancangan dan pelaksanaan pentaksiran alternatif.
Kesahan dan kebolehpercayaan alat pengukuran pentaksiran alternatif.
Keadilan dalam pelaksanaan pentaksiran alternatif.
c) Keterlibatan Pelajar (20%)
Tahap keterlibatan pelajar.
Bukti-bukti keterlibatan pelajar.
Mekanisma maklum balas terhadap kemajuan pelajar.
d) Impak / Keberkesanan Projek (30%)
Impak pentaksiran alternatif.
Penyebarluasan pelaksanaan pentaksiran alternatif kepada kursus/program lain serta dalam dan institusi.
Pembuktian keberkesanan pentaksiran alternatif.
Manfaat kepada pihak berkepentingan.