PENGAJARAN TRANSFORMATIF
PENGAJARAN TRANSFORMATIF
DEFINISI PENGAJARAN TRANSFORMATIF
Transformasi kaedah pengajaran sama ada dalam bentuk syarahan secara interaktif atau tanpa syarahan. Kategori ini memberi fokus kepada kaedah pengajaran bertujuan untuk meningkatkan keterlibatan dan pencapaian pembelajaran pelajar.
Kaedah pengajaran syarahan secara interaktif atau tanpa syarahan yang telah berjaya mentransformasikan pengendalian sesuatu kursus secara efektif dan interaktif terutamanya ke atas keterlibatan dan pembelajaran aktif pelajar (active learning). Kaedah yang digunakan terbukti mencapai sekurang-kurangnya satu hasil pembelajaran (learning outcome).
OBJEKTIF ANUGERAH
Anugerah ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran syarahan atau tanpa syarahan yang telah berjaya mentransformasikan pelaksanaan sesuatu kursus secara efektif, terutamanya ke atas keterlibatan dan pembelajaran aktif pelajar
SYARAT DAN KRITERIA PENILAIAN
Syarat Permohonan:
Permohonan terbuka kepada individu / kumpulan individu.
Hanya satu (1) permohonan bagi setiap individu / kumpulan* dalam kategori ini.
Pemohon perlu mengemukakan satu (1) video berdurasi tidak lebih daripada tiga (3) minit yang menerangkan projek masing-masing.
Pemohon juga perlu menyediakan SATU (1) e-book (.pdf) yang mengandungi maklumat permohonan dan bukti berkaitan pengajaran transformatif. Bukti yang disertakan dalam bentuk pautan perlu dibuka akses kepada awam bagi tujuan penilaian.
Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memastikan keaslian permohonan dengan membuat deklarasi terhadap sebarang penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan Generatif.
Permohonan MESTI diperakukan oleh Dekan/Pengarah setaraf atau Timbalan Dekan Akademik/setaraf.
Kategori : Anugerah Pengajaran Transformatif
Semua penyertaan dalam bentuk projek/inisiatif memikir dan mereka bentuk semula pendidikan tinggi akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut untuk kedua-dua sub-kategori:
Kriteria Penilaian
Rasional (10%);
Kaedah Pengajaran (40%);
Keterlibatan Pelajar (20%); dan
Keberkesanan dan Impak Kaedah Pengajaran (30%)
a) Rasional (10%)
Apakah motivasi dan isu/permasalahan utama yang menggerakkan transformasi kaedah pengajaran?
b) Kaedah Pengajaran (40%)
Apakah kaedah pengajaran transformatif yang digunakan?
c) Keterlibatan Pelajar (20%)
Sejauh manakah kaedah pengajaran transformatif ini dapat meningkatkan keterlibatan pelajar dalam pengalaman pembelajaran bermakna?
d) Keberkesanan dan Impak Kaedah Pengajaran (30%)
Sejauh manakah kaedah pengajaran transformatif ini memberi kesan kepada pencapaian hasil pembelajaran pelajar dan impak kepada institusi?