Date: 27th July 2022
Venue: Multipurpose Room & Documentation Room, 10th Floor.
Theme: Unsung Hero
Programme: Program "The Unsung Heroes" ini telah berjaya dianjurkan pada 27/7/2022 (Rabu) dan telah dihadiri seramai 19 orang penjaga pesakit. Program ini dianjurkan sebagai medium sokongan psikologi penjaga sepanjang mengurus pesakit dan berkongsi pendapat serta pengalaman para ibu bapa/ penjaga/ ahli keluarga dalam menggalas tanggungjawab yang baru
Date: 24th September 2022
Venue: Crystal Crown Hotel, KL.
Theme: Be your own Superhero.
Programme: Program Patient Support Group 2022 bertemakan Be Your Own Superhero diadakan dengan tujuan memberi sokongan sosial dan emosi kepada pesakit melalui perkongsian pengalaman dan motivasi. Program ini akan melibatkan pesakit yang terdiri daripada pelbagai kondisi yang menerima rawatan di Bahagian Pemulihan Cara Kerja.
Date: 23rd August 2022
Venue: Muzium Negara
Programme:
Bidang Pediatrik, Bahagian Pemulihan Cara Kerja telah menganjurkan program PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR di Muzium Negara. Program ini merupakan program tahunan anjuran Bidang Pediatrik, Bahagian Pemulihan Cara Kerja, Jabatan Perubatan Pemulihan sejak tahun 2015. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada para pesakit untuk melibatkan diri dalam komuniti luar sekaligus meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi. Antara aktiviti yang dijalankan di Muzium Negara ialah aktiviti Explorace .
Date: 1st September 2022
Venue: MyTown, Cheras.
Programme:
Program ini bertemakan “Kembali Ke Komuniti” telah dilaksanakan pada 1 Oktober 2022 dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk meningkatkan keyakinan pesakit dalam berinteraksi dan bersosial bersama masyarakat luar serta melatih pesakit menggunakan kemudahan awam yang ada dalam komuniti agar dapat memberi galakan kepada pesakit untuk melakukan aktiviti luar secara berdikari.
Date: 25hb October 2022
Venue: Conference Room 3, Menara Selatan.
Programme:
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi sokongan sosial dan emosi kepada pesakit dan penjaga yang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Selain itu, ianya merupakan salah satu medium rawatan bagi merangsang kognitif dan keberdikarian pesakit disamping meningkatkan lagi kemahiran sosial dan komunikasi mereka melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan sepanjang program tersebut.