Manuskrip 6:
Hukum Gadai (Gala) Hukum Hutang Piutang Dan Penjelasannya Sehingga Tidak Menyebabkan Riba(Larangan) Dan Susunan Menteri-Menteri Kerajaan Acheh Darussalam.
Ditransliterasi oleh Fatin Athirah Pardi, Disemak oleh Ruzita Kamis
Ditransliterasi oleh Fatin Athirah Pardi, Disemak oleh Ruzita Kamis
1V (verso)
Fasal hukum gala(gadai) iaitu ampas (kebun) atau huma atau barang-barang mas jenis pakaian
Jika seorang menggala(menggadai) ampas atau huma maka dalam ampas itu ada afiun (opium)
Yang berbuah maka diambil buahnya dan diambil padi huma itu oleh orang yang
Menggala (menggadai) itu maka dikirakan harga buah kayu dalam ampas (kebun) itu dan harga padi
Misal umpamanya sepuluh tahil maka dikira jika sudah sampai harga diambil
Hasil sepuluh tahil maka hendaklah dikembalikan ampas orang dan huma
Orang jika tiap mahu mengembalikan maka hakim kerajaan mengambil mengembalikan kepada
Empunya milik jika orang gala itu berdakwa maka dihukum oleh kerajaan tiga
Bulan dalam kurung / tetapi kalau mas yakni pakaian mas maka berhak ditebus
Tetapi kalau hilang diganti penuh harga atau mas yang sudah jadi pakaian
Itu dapat ijtihad hakim / Fasal bab hutang piutang misal umpamanya
Seorang berhutang sepuluh tahil maka wang itu pada masanya berhutang
Mahal harga wang kemudian berapa lama masanya maka dibayar oleh yang berhutang
Kepada yang memperhutang maka katanya tiada aku menerima lagi wang sepuluh
Tahil kerana dahulu mahal wang sekarang sudah murah wang iaitu sepuluh
Tahil dahulu maka sekarang mesti seratus tahil maka dihukum oleh
Hakim kerajaan kalau sepuluh tahil wajib bayar sepuluh tahil kerana wang
Dalam satu negeri tetapi kerajaan yang bertukar-tukar kerana wang berlaku
Menurut zaman dan masa dan demikian juga jika seorang berhutang
Seratus waktu wang murah atau pertengahan murah maka datang masa mahal
Wang maka membayar seratus juga tetapi dengan ijtihad hakim kerajaan
Fasal bab jika rakyat Acheh mengenal negeri Acheh serambi Mekkah dan tahu
Dirinya bangsa Acheh dan kuat memegang hukum dan tahu harga
Maka sesungguhnya kerajaan Acheh tidak dapat dialihkan orang sia-sia
Siapa-siapa yang memegang teguh zahir batin hukum adat syariah lagi dan syarak kerajaan
Aceh adapun
1R (recto)
Kerukun (Salasilah) Kitab Al-Muluk Sanskrit Kerajaan Acheh
Raidul Wazirat Al-Daulat perdana menteri mangkubumi (bendahara)
Wazirat Al-Daulat Perdana Menteri
Wazir Al- A’zam Perdana Menteri mangkubumi (bendahara)
Wazirat Al-Harbiyah Laksamana Jendral Menteri Pertahanan
Wazirat Al-Hiqaniyah Menteri Keadilan
Wazirat Al-Darhim Menteri Kewangan
Wazirat Al-Mizan Menteri Pertimbangan
Wazirat Al-Ma’arif Menteri Pelajaran
Wazirat Al-Kharijiah Menteri Luar Negeri
Wazirat Al-Dakhiliah Menteri Dalam Negeri
Wazirat Al-Awqaf Menteri Harta Waqaf
Wazirat Al-Zira’ah Menteri Pertanian Bentara Balang
Wazirat Al-Maliyah Menteri Perbendaharaan
Wazirat Al-Muwashilat Menteri Perhubungan
Wazirat Al-ِAsyghal Menteri Pekerjaan Negeri
Al-Syeikh Al-Islam mufti empat syeikh Kaabah
Qadi Malik Al-Adil Hakim Agung
Wazir Mahkam Seri Maharajalela menteri Qirzah
Qadi Mu’azzam iaitu ___ Kerajaan
Imam Bendara Darul Makmur Acheh Darussalam
___ Muluk
___ Muluk
Tepi:
Fasal bab Tarbi’ah dan Tazkirah Tabaqah nama-nama Wazirul Mizan ertinya Menteri Pertimbangan Agung
Tempat kerajaan musyawarah yang tinggi pertama Faqih Malik Al-Amin kedua faqih Malik As-Sidiq ketiga
Faqih Seri Raja Faqih keempat Faqih Malik Az-Zahir kelima Faqih Malik Al-Mansur keenam
Malik Al-fadil ketujuh Faqih Indra Purba kelapan Faqih Setia Purba kesembilan Faqih Raja
Megat kesepuluh Faqih Seroja Al-Zalim maka sepuluh orang ini Ulama’ yang besar lagi ‘Alim bijaksana
Tempat kerajaan mengambil keputusan hukum syarak kerajaan Acheh