1V (verso)
Fasal bab jika kapal-kapal asing belayar
Dalam laut wilayah kerajaan Acheh,
Yang membawa barang kedalam negeri Acheh,
Atau ia berlayar sendiri dari
Timur atau dari barat asal melalui
Laut kerajaan Acheh maka kena rosak
Kapal tersebut iaitu sebab ombak besar atau
Kena karang atau angin dan barangsebagainya maka
Hendaklah menolong oleh kapal pengawal,
Laut kerajaan Acheh yang bernama Kanun Safinah
Iaitu dibawa laksamana serta Amirul Bahr dengan sekalian
Kapal-kapal perang Aceh menolong kapal-kapal yang telah berbahaya iaitu diambil orang-orang
Dan barang-barang yang dapat diambil serta didaftarkan nama-nama barang dan jumlahnya
Maka orang itu dibawa ke darat iaitu Kota Musafir di Kuala Acheh yang sakit-sakit
Diberi ubat dan diberi makanan dengan baik dan dijaga hingga sembuh maka yang tidak
Sakit disuruh tinggal dirumah seribu iaitu tempat tinggal askar dan
Kapal itu jika dapat diterbaiki memperbaiki ditarik maka semuanya itu dengan
Ijtihad laksamana dan Amirul Bahr maka sekalian belanja mereka itu yang mudarat
Itu diatas kerajaan Acheh maka sekalian barang-barang mereka itu dalam tangan bendaharaا
Laksamana maka jika yang mati mereka itu jika ia orang yang Islam maka secara
Hukum Islam maka jika ia bukan Islam maka secara hukum dirinya
Masing-masing maka jika diambil harta mereka itu disembunyikan oleh rakyat Acheh
Banyak atau sedikit maka dihukum oleh kerajaan 25 kali dera) dengan rotan
Barang diambil kembali dan denda 3 tahil dan kurungan lima bulan dalam pageue (pagar)
Nota kaki pada permulaan:
Iaitu masa teuku (bangsawan) bulan pada huma (hukum adat)
pertama kurung kedua gantung empat tali banji (kisi-kisi)
itu 26 tahil iaitu 3 tahil sanksi (hukuman)
ampas (kebun) iaitu setahil baja pada beras hatta/hanya _______
Iaitu 5 ka ubat setahil tum(tali) masa iaitu setahil
Suai huma (hukum adat) serta saudara orang jauh iaitu sepuluh
mas