Permohonan Penganjuran Latihan
Proses Permohonan Penganjuran Latihan
Kertas kerja yang lengkap perlu dihantar perlu mengikut tempoh berikut :
Ada implikasi kewangan - dua (2) bulan sebelum tarikh penganjuran.
Bagi penganjuran yang memerlukan CPD Point, penganjur perlu memberikan maklumat tambahan melalui pautan ini bagi tujuan permohonan CPD Point di sistem MMA.
Tiada implikasi kewangan - sebulan sebelum tarikh penganjuran melalui pautan https://tinyurl.com/menganjurtanpabiaya.
Kertas kerja perlu disokong oleh Ketua Jabatan. Kandungan yang perlu ada dalam kertas kerja adalah seperti berikut :
Nama Bengkel/Kursus
Tarikh
Tempat
Sasaran peserta
Objektif
Senarai Penceramah beserta CV (Staf UiTM tidak layak diberikan honorarium jika latihan berkaitan dengan tugas hakiki dan dalam waktu bekerja)
Perincian Kewangan
Kadar makan minum yang telah ditetapkan UiTM adalah RM13.00 sehari (tidak layak untuk latihan dalaman). Pembiayaan makan minum boleh dimohon hanya untuk Penceramah (luar UiTM) dan urusetia sahaja.
Minum pagi - RM4.00
Makan tengahari - RM6.00
Minum petang - RM3.00
Kadar bayaran primers - RM150.00 sehari (RM75.00 pagi/petang)
Penganjur tidak boleh mengenakan yuran kepada staf HASA UiTM.
Berikut adalah item yang tidak layak untuk dimohon melainkan latihan tersebut menjana pendapatan :
Banner, flyer & bunting
Alat tulis
Sijil (dicadangkan meggunakan e-sijil)
Cenderahati (penganjur boleh berhubung dengan Jabatan Komunikasi Korporat untuk permohonan cenderahati)
Penganjur adalah dikehendaki untuk menghantar laporan program dan senarai kedatangan (beserta no. staf) kepada Unit Latihan dalam selepas tarikh penganjuran bagi tujuan kemaskini jam latihan.
Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia akan diadakan pada sekali setiap bulan (tertakluk kepada pindaan). Surat kelulusan akan dimaklumkan melalui emel rasmi UiTM (Bahagian Pembangunan Sumber Manusia HASA UiTM).
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Latihan di talian 03-33963360/3361 atau emel ke hrd.@uitm.edu.my.