Latihan Industri

Hebahan Latihan Industri (Bidang Kejuruteraan & Pemasaran)

Pihak Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM mengalu-alukan pelajar-pelajar dari bidang tersebut untuk menjalani latihan di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM :

    • Kejuruteraan Bioperubatan

    • Kejuruteraan Awam

    • Kejuruteraan Mekanikal

    • Pemasaran

Bagi yang berminat, sila rujuk Proses Permohonan.

Surat perlu dialamatkan kepada :

Pengarah
Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)
Universiti Teknologi MARA
42300 Bandar Puncak Alam, Selangor.
(u.p : Unit Latihan)

Segala perbelanjaan termasuk urusan tempat tinggal dan pengangkutan adalah dibawah tanggungjawab pelajar. Pihak HASA juga tidak menyediakan elaun kepada pelajar sepanjang menjalani latihan.

Pelajar adalah diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) & Universiti Teknologi MARA (UiTM) sepanjang melalui latihan. Hanya pelajar yang telah MELENGKAPKAN DUA (2) DOS VAKSINASI sahaja yang dibenarkan untuk memohon menjalani latihan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Latihan di talian 03-3396 3356/3360/3361 atau emel ke latihanindustrihuitm@gmail.com.