Permohonan Menghadiri Latihan
Proses Permohonan Menghadiri Latihan
Borang permohonan yang lengkap beserta brosur hendaklah dihantar mengikut tempoh tersebut :
Dalam Negara
tiga (3) bulan sebelum tarikh latihan (bagi yuran melebih RM2,000.00)
dua (2) bulan sebelum tarikh latihan (ada implikasi kewangan)
lima (5) hari sebelum tarikh latihan (tiada implikasi kewangan) melalui pautan https://tinyurl.com/menghadiritb.
Luar Negara - tiga (3) bulan sebelum tarikh latihan.
Isi e-International bagi negara selain negara ASEAN.
hantar bersama Borang Maklum Balas Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).
Borang permohonan menghadiri latihan boleh dimuat turun dari Portal i-Staf UiTM (eLatihan).
Pilih menu Muat Turun (Borang-Borang).
Pilih Borang Permohonan Berkursus Dalam/Luar Negara (Pentadbiran).
Semua permohonan menghadiri latihan (dalam/luar negara) PERLU MENDAPATKAN KELULUSAN KETUA JABATAN (bagi yang tiada implikasi kewangan)/JAWATANKUASA LATIHAN HUiTM/PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA HASA UiTM (ada implikasi kewangan).
Permohonan menghadiri latihan (dalam/luar negara) DENGAN TAJAAN PENGANJUR/PIHAK LUAR perlu mendapat kelulusan Pengarah HASA UiTM. Surat tajaan perlu dialamatkan kepada Pengarah HASA UiTM sahaja.
Staf adalah dikehendaki untuk mengisi Borang A1 (Borang Laporan Menghadiri) dan membuat sesi perkongsian selepas menghadiri latihan tersebut. Borang A1 dan salinan sijil kursus perlu diserahkan ke Unit Latihan dalam tiga (3) bulan selepas tarikh kursus.
Mesyuarat Jawatankuasa Latihan HUiTM akan diadakan pada sekali sebulan (tertakluk kepada pindaan). Surat kelulusan akan dimaklumkan melalui emel rasmi UiTM (Bahagian Pembangunan Sumber Manusia HASA UiTM).
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Latihan di talian 03-33963360/3361 atau emel ke hrd.@uitm.edu.my.