Latihan Industri
Proses Permohonan Menjalani Latihan Industri di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM (termasuk di Pusat Pakar Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh & Selayang)
Pelajar/Pelatih perlu mengemukan permohonan tidak kurang dari TIGA (3) BULAN sebelum menjalani latihan melalui latihanindustrihuitm@gmail.com. Permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan berikut :
Surat sokongan dari Universiti/Fakulti.
Mini transkrip yang terkini.
Resume.
Pihak HASA UiTM berhak sepenuhnya untuk menolak permohonan tanpa perlu memberi sebarang alasan.
Segala perbelanjaan termasuk urusan tempat tinggal dan pengangkutan adalah dibawah tanggungjawab pelajar/pelatih. Pihak HASA UiTM juga tidak menyediakan elaun kepada pelajar sepanjang menjalani latihan.
Bayaran akan dikenakan kepada INDIVIDU/PELAJAR DARI IPTS/AGENSI SWASTA (DALAM/LUAR NEGARA) dengan kadar seperti berikut :
Diploma :
Warganegara Malaysia : RM100.00 seminggu/RM400.00 sebulan
Bukan Warganegara Malaysia : RM200.00 seminggu/RM800.00 sebulan
Sarjana Muda/Sarjana :
Warganegara Malaysia : RM150.00 seminggu/RM600.00 sebulan
Bukan Warganegara Malaysia : RM300.00 seminggu/RM1,200.00 sebulan
No. Akaun Bank UiTM : 12168010039722 (Bank Islam Malaysia Berhad)
Bayaran kepada : Bendahari UiTM (Bukti bayaran perlu diemelkan ke latihanindustrihuitm@gmail.com). Pelajar/Pelatih adalah diminta untuk membuat bayaran terlebih dahulu sebelum memulakan latihan.
Pelajar/Pelatih perlu memaklumkan kepada Unit Latihan sekiranya tidak dapat menjalani latihan.
Pelajar/Pelatih diminta untuk melengkapkan dan menghantar borang-borang/dokumen tersebut semasa lapor diri :
Sijil Credentialing & Privileging dari HASA UiTM (bagi pelajar Pascasiswazah/Pegawai Perubatan/Pegamal Kesihatan yang memberi khidmat klinikal secara langsung kepada pesakit). Sekiranya tiada :
Muat turun borang permohonan di laman web Jabatan Peningkatan Kualiti & Keselamatan Pesakit.
Hantar borang permohonan yang lengkap kepada Dr. Fatim Zulaika Mohamed Ali.
Pelajar/Pelatih juga diminta untuk membuat deklarasi saringan COVID-19 (pilih kategori Pelawat) sepanjang menjalani latihan.
Pelajar/Pelatih adalah diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) & Universiti Teknologi MARA (UiTM) sepanjang melalui latihan. Hanya pelajar yang telah MELENGKAPKAN DUA (2) DOS VAKSINASI sahaja yang dibenarkan untuk memohon menjalani latihan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Latihan di talian 03-3396 3356/3360/3361 atau emel ke latihanindustrihuitm@gmail.com.