Unit Jaringan Komuniti, UiTM Cawangan Johor berperanan dalam menyelaras dan memperkukuh aktiviti libatsama komuniti yang berimpak tinggi melalui pemindahan ilmu, pemerkasaan masyarakat dan kolaborasi strategik. Unit ini menyokong perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan program komuniti selaras dengan keperluan PRIMe, MyRA dan agenda University Social Responsibility (USR) universiti.
SKOP & PETUNJUK PRESTASI UNIT
Aktiviti Unit Jaringan Komuniti adalah selari dengan Petunjuk Prestasi (PI) universiti seperti berikut:
PI075 – Bilangan Program USR
Pelaksanaan program libatsama komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat atau industri serta didaftarkan dalam Sistem PRIMe (Star Rating).
PI077 – Jumlah Dana Diterima (Sumber Luar)
Pengurusan dan penyelarasan dana luar yang diperoleh bagi pelaksanaan program USR dan Knowledge Transfer Program (KTP).
PI078 – Jumlah Perbelanjaan (Dana Dalaman)
Pemantauan penggunaan dana dalaman universiti bagi memastikan pelaksanaan program komuniti yang berkesan serta penyediaan bukti kewangan yang lengkap.
PI079 – Bilangan Komuniti Menerima Manfaat
Pelaksanaan projek pemindahan ilmu dan teknologi yang memberi manfaat kepada komuniti sasaran serta menyumbang kepada impak sosial yang mampan.
PI136 – Program Sifar Kemiskinan (SDG1)
Pelaksanaan projek komuniti berimpak dan mampan yang bertujuan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui pendidikan, keselamatan kewangan atau kesejahteraan hidup, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG1: No Poverty), melibatkan kolaborasi bersama agensi, industri atau NGO serta didaftarkan dalam Sistem PRIMe.