Unit Alumni berperanan sebagai penghubung strategik antara universiti dan graduan bagi mengekalkan hubungan berterusan selepas tamat pengajian serta memperkasa penglibatan alumni dalam pembangunan kerjaya, keusahawanan, khidmat kepakaran dan jaringan industri. Unit ini menyokong pelaksanaan program berimpak, pengurusan data dan pendaftaran alumni yang sistematik, serta penglibatan aktif alumni dalam aktiviti universiti bagi menyumbang kepada kebolehpasaran graduan, pengukuhan imej institusi dan pencapaian pelan strategik universiti.
● Memperkukuh hubungan strategik antara alumni dan universiti.
● Menggalakkan penglibatan aktif alumni dalam pembangunan akademik dan sahsiah pelajar.
● Menyokong kebolehpasaran graduan melalui perkongsian pengalaman industri dan kerjaya.
● Melaksanakan program kebajikan dan tanggungjawab sosial melibatkan alumni dan komuniti.
● Menyumbang kepada pencapaian Petunjuk Prestasi (PI) universiti melalui penglibatan alumni.
Unit Alumni UiTM Cawangan Johor amat mengalu-alukan penglibatan dan sumbangan alumni dalam pelbagai bentuk bagi menyokong pembangunan pelajar dan universiti. Sumbangan boleh disalurkan melalui sokongan kewangan, perkongsian kepakaran dan pengalaman profesional, serta jaringan profesional termasuk penyediaan peluang pekerjaan dan latihan industri kepada pelajar. Penglibatan aktif alumni bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, malah membantu memperkukuh hubungan berterusan antara alumni dan universiti ke arah pembangunan institusi yang mampan.
Salam sejahtera dan salam UiTM dihatiku.
Kami berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Datuk/ Dato’/ Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan yang merupakan alumni UiTM Cawangan Johor untuk mendaftar MyAlumni UiTM Virtual Card secara percuma.
Pendaftaran boleh dibuat di:
https://myalumnicard.uitm.edu.my/register
Melalui kad alumni digital ini, ahli boleh menikmati pelbagai manfaat seperti tawaran-tawaran hebat daripada rakan strategik seperti Zus Coffee, Khatam dan CelcomDigi. Selain itu, alumni juga akan mendapat akses maklumat program anjuran Unit Alumni, peluang jaringan profesional serta platform penglibatan komuniti alumni UiTM Cawangan Johor.
Pengemaskinian maklumat ini juga membantu pihak universiti terus merancang inisiatif dan program alumni dengan lebih baik pada masa hadapan.
Terima kasih atas sokongan berterusan sebagai sebahagian daripada keluarga alumni UiTM Cawangan Johor.