Unit Jaringan industri berperanan dalam membangunkan dan menyelaras kerjasama strategik antara universiti dan industri melalui penglibatan bersama dalam program-program berimpak tinggi yang bermanfaat kepada kedua - dua pihak. Jaringan kerjasama diperkukuhkan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) yang dipersetujui bersama.
Aktiviti Unit Jaringan Industri adalah selari dengan petunjuk prestasi (PI) universiti seperti berikut:
PI072 - Bilangan MoU dan MoA Baharu bersama Industri Antarabangsa
Jumlah MoU (Memorandum of Understanding), MoA (Memorandum of Agreement), atau LoA (Letter of Agreement) baharu yang ditandatangani bersama industri antarabangsa, yang merangkumi syarikat, entiti, agensi, organisasi, komuniti, dan NGO.
PI 073 - Bilangan MoA Baharu dengan Rakan Kerjasama Tempatan.
Jumlah keseluruhan MoA baharu yang ditandatangani, melibatkan rakan kerjasama tempatan termasuk universiti, syarikat, entiti, agensi, organisasi, komuniti, dan NGO.
PI074 - Bilangan Aktiviti di bawah MoA/MoU dengan Industri Antarabangsa
Jumlah program, projek, atau kolaborasi yang dilaksanakan hasil daripada perjanjian persefahaman dengan rakan industri luar negara.
PI076 - Bilangan Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Programmes - KTP).
KTP adalah program pemindahan pengetahuan yang diperoleh daripada projek penyelidikan untuk memberi manfaat kepada komuniti atau industri. KTP ialah program berstruktur yang telah mendokumentasikan kelulusan program, objektif, metodologi dan pengaturan kewangan.
Khidmat Masyarakat Di Belitung Indonesia
(PT Ikanesia Nusantara Akuamarin)
Roadshow ASEAN Investment Challenge 2025
(CGS-CIMB Securities Sdn. Bhd.)
Pelancaran JTDC (Pempamer Industri)
(CGS-CIMB Securities Sdn. Bhd.
International Summer Camp
(Perbanas Institute)
Webinar: Social Entrepreneurship for a Sustainable Future
(Sociopreneur Indonesia)
Pengajaran Kolaboratif
(Perbanas Institute)
Template MoU (BI) - Download Template
Template MoU (BM) - Download Template
Template LOI (Letter of Intent) - Download Template
Pekeliling & Carta Alir MoU/MoA - Download Template
Nilams - https://nilams.uitm.edu.my/login