Timbalan Rektor (Penyelidikan & Jaringan Industri)
Penyelidikan, inovasi serta jaringan strategik merupakan pemacu utama kecemerlangan UiTM Cawangan Johor. Kami komited memperkukuh ekosistem penyelidikan melalui penghasilan kajian berimpak, peningkatan penerbitan, pembangunan bakat penyelidik dan peluasan kolaborasi pintar bersama rakan industri dalam pelbagai bidang.
Selain itu, hubungan yang erat dengan komuniti dan alumni turut menjadi keutamaan dalam memastikan hasil penyelidikan dapat diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada masyarakat dan pembangunan setempat. Melalui kerjasama industri, penglibatan komuniti dan sokongan berterusan alumni, UiTM mampu mewujudkan jaringan ekosistem yang lebih holistik, berdaya saing dan lestari.
BPJIA akan terus berperanan sebagai penggerak kepada usaha strategik ini, memastikan perkhidmatan penyelidikan dan jaringan yang cekap, proaktif dan relevan dengan keperluan semasa.
Semoga sinergi antara penyelidikan, industri, komuniti dan alumni terus memperkukuh reputasi UiTM sebagai institusi unggul yang menyumbang kepada kemajuan negara.
PAUTAN