mengenal pasti jenis-jenis emosi yang berbeza; dan
mengetahui kepentingan memahami emosi
Contohnya, ingat lagi Kieran berkongsi bahawa dia telah memenangi perlawanan badminton dan dia berasa gembira?
Memenangi perlawanan adalah keadaan yang menjadi punca Kieran merasakan emosi gembira.
Seterusnya, jom kita perhatikan beberapa ciri-ciri emosi.
💪 Emosi boleh dirasakan dengan kuat atau tidak begitu mendalam, boleh juga dirasakan sebagai perasaan yang biasa-biasa sahaja - tidak begitu mendalam dan tidak juga begitu kuat.
⏳ Emosi boleh dirasakan dalam tempoh masa yang sekejap atau lama. Jika sesuatu emosi yang sama dirasakan dalam suatu tempoh yang panjang, ia akan membentuk rasa hati (mood) kita dalam kehidupan seharian.
❤️🩹Tidak ada emosi baik (positif) atau buruk (negatif).
Apa yang penting adalah kebolehan kita untuk mengurus emosi supaya kita dapat menunjukkan emosi tersebut dengan baik.
Perhatikan watak-watak pada kuiz. Apa emosi yang sedang dirasakan oleh watak berwarna Biru?
Di dalam kehidupan seharian kita juga, ramai di antara kita menggunakan emotikon untuk menunjukkan perasaan.
Emotikon yang mana dari yang di bawah ini melambangkan perasaan kamu sekarang?
Terdapat pelbagai jenis emosi yang kita akan temukan dan pelajari sepanjang proses tumbesaran sebagai seseorang individu, seperti yang boleh dirujuk pada Roda Emosi.
Tiada emosi yang baik atau jahat, tetapi emosi terbahagi kepada emosi positif dan emosi negatif. Jika kita mengalami emosi negatif, tiada masalah.
Sebagai contoh, sekiranya haiwan peliharaan kegemaran saya mati, saya boleh merasakan emosi sedih. Walaupun sedih adalah tergolong dalam emosi negatif, tidak salah untuk saya merasakannya.
Padankan emotikon dengan jenis emosi yang betul.
Klik butang 'MULA' untuk menjawab kuiz di bawah.
🔫 supaya mampu mengenal pasti "pencetus emosi"
❤️🩹supaya dapat mengurus emosi dengan lebih baik
🧑🤝🧑 menjadi rakan yang baik kerana dapat memahami perasaan orang lain melalui empati
(Kita akan meneroka Empati dengan lebih lanjut dalam Pelajaran 3 nanti!)
Apa itu pencetus emosi?
Pencetus emosi adalah sebab atau punca yang menyebabkan hadirnya sesuatu perasaan.
Sebagai contoh
(emosi)
(pencetus emosi)
(pencetus emosi)
(emosi)
Mari kita semak sama ada kamu boleh mengenal pasti emosi dan pencetus emosi dengan tepat dalam situasi berikut.
Semua orang berasa kecewa kerana program lawatan telah dibatalkan.
Ana, Mei Ling dan Kieran bersungguh-sungguh cuba membuat raut wajah kelakar. Mereka bertiga betul-betul kuat bergurau.
Cikgu Chang kekal tenang semasa melakukan latihan pernafasan.
Klik butang 'MULA' untuk menjawab kuiz di bawah.