MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
UiTM CAWANGAN MELAKA KAMPUS JASIN
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
UiTM CAWANGAN MELAKA KAMPUS JASIN
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih arat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokrasi;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan meggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Maka kami, Komander Kesatria UiTM dengan ini berikrar akan sentiasa berpegang teguh kepada rukun negara mempertahankan hak dan perjuangan institusi kami dan kami akan sentiasa menjaga nama baik UiTM.
UNIT KOKURIKULUM
MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
BATALION KOMANDER KESATRIA
LIRIK LAGU KESATRIA JAYA
Bersama kita maju,
Mencapai hasrat dituju,
Wawasan kita bina bersama,
Kesatria jaya,
Semangat waja harus dibina,
Kesatria jaya
Berilmu berdisiplin,
Itulah pegangan kami,
Bergerak pantas, Minda cerdas,
Capai azam dan cita,
Bergerak pantas, Minda cerdas,
Capai azam dan cita,
Panji Satria dikibarkan ,
Dengan megah kami mara,
Setiap langkah dan usaha ,
Hasrat kami terbukti jadi nyata,
Harum mekar nama mu,
Bak bunga di taman ilmu,
Menjujung bangsa maju negara,
Gemilang selamanya,
Menjujung bangsa maju negara,
Gemilang selamanya
GALERI KOMANDER KESATRIA