PENGENALAN
Majlis Pentauliahan Komander Kesatria ini diwujudkan bagi memberi penghargaan atas segala perkhidmatan yang telah mereka lakukan sepanjang bergelar seorang komander kesatria di Universiti Teknologi Mara. Majlis ini akan dimulakan dengan perbarisan tamat latihan dan diteruskan dengan penyampaian Anugerah Komander Terbaik bagi setiap kampus. Seterusnya, penyampaian sijil pentauliahan kepada semua bakal Pegawai Muda. Majlis ini memerlukan semua bakal Pegawai Muda untuk memakai pakaian Nombor 1 iaitu pakaian istiadat pentauliahan.