PENGENALAN
Malam Kecemerlangan Komander diadakan bagi menghargai Komander yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai seorang Komander dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Kesatria. Selain itu, majlis ini juga meraikan kejayaan para calon bakal komander yang telah berjaya menempuhi segala cabaran dan menamatkan Latihan Intensif Bakal Komander serta berjaya menjadi seorang Komander. Di samping itu, terdapat beberapa anugerah yang akan disampaikan kepada Komander yang berjaya mencapai target dan menjadi Komander Terbaik sepanjang perkhidmatan mereka. Antara anugerah yang disampaikan iailah Anugerah Kepimpinan Terbaik, Akademik Terbaik dan Kecergasan Terbaik. Tema bagi majlis ini juga akan berubah setiap tahun dan semua ahli komander akan memakai pakaian mengikut tema yang diberikan sambil menikmati juadah yang disediakan.
MALAM KECEMERLANGAN KOMANDER G8
MALAM KECEMERLANGAN KOMANDER G9
MALAM KECEMERLANGAN KOMANDER G10