PENGENALAN
Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) merupakan satu aktiviti tahunan yang diadakan bersempena menyambut Ulang Tahun Kesatria. Pertandingan berkonsepkan sukan lasak ini telah berjaya menonjolkan sifat-sifat kesungguhan para komander dan memberi ruang mengaplikasikan kemahiran serta meningkatkan tahap ketahanan diri para komander sebagai ahli badan beruniform utama di UiTM.
Melalui KKEC juga dapat membentuk para komander untuk mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang tinggi menerusi acara-acara yang dipertandingkan seterusnya menjadi pemimpin contoh yang memiliki jati diri yang tinggi serta dapat meningkatkan pengetahuan dan mengeratkan hubungan di antara Komander Kesatria seluruh UiTM berdasarkan pengetahuan pelbagai disiplin.
BARISAN ATLET MELAKA
VIDEO MONTAJ