Komander Kesatria bukan sahaja sebuah organisasi yang tertumpu kepada kemahiran kawad kaki sahaja namun ia adalah sebuah organisasi yang memberi nilai tambah dan pengalaman kepada para komander bagi memperoleh kemahiran dalam menguruskan sesebuah program. Terdapat pelbagai jenis program yang telah dijalankan dan diatur sendiri oleh para komander sepanjang perkhidmatan mereka sebagai ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria.
Malam Kecemerlangan Komander (MKK)
Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK)
Kawalan Kehormat Utama (KKU)
Kursus Pemantapan Komander Kesatria
Komander Kesatria Endurance Challenge
Makan Malam Rejimental (MMR)
Majlis Istiadat Pentauliahan
Pertandingan Kawad Kaki (PERKAD) Piala Penolong Rektor
Majlis Pengenalan Komander (MPK)
Pengenalan Sukan Paintball
Ujian Kenaikan Pangkat (UKP) Komander Kesatria
Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya' Ramadan
Mahabbah Raya
Program Kursus Kawad Pedang
Selain daripada program yang dijalankan dan diatur sendiri oleh para komander, komander juga terlibat dalam beberapa program yang mempunyai kolaborasi bersama individu dan organisasi lain.
ADAB ERAT
Seorang Komander dan Ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria, secara tidak langsung membuka peluang untuk melibatkan diri dengan pelbagai jenis program dan aktiviti luar.
PORT DICKSON KAYAK EXPLORACE 2025
UNIFEST OPEN ORIENTEERING CHAMPIONSHIP 2023
NAVIGATRI CAMPUS CHALLENGE