SYARAT PERTANDINGAN
A. GARIS PANDUAN PENYERTAAN SEMINAR PENYELIDIKAN (SEMPEN)
Penyertaan adalah terbuka kepada SEMUA (Universiti, Politeknik, Kolej Komuniti, Agensi dan Industri)
Satu kumpulan penyertaan TIDAK melebihi tiga (3) orang.
Skop kertas kajian:
Pelancongan
Hospitaliti
Gastronomi
Pengurusan Acara
Tarikh akhir penghantaran kertas kajian penuh adalah pada 5 Julai 2024 (Jumaat).
Peserta akan dimaklumkan oleh pihak penganjur sekiranya kertas penuh diterima.
Peserta perlu memastikan semakan plagiat telah dijalankan di institusi masing-masing sebelum penghantaran dibuat.
Kertas kajian yang tidak mengikut format templat yang disediakan TIDAK AKAN DITERIMA
Kertas kajian akan disemak oleh Panel Penilai yang telah dilantik.
Kertas kajian dengan pembetulan berdasarkan komen penilai perlu dihantar selewat-lewatnya 2 minggu selepas pembentangan dijalankan.
Kertas kajian yang gagal dibentangkan akan dikeluarkan daripada penyertaan. Segala tuntutan yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan.
Kertas kajian yang tidak dibuat pembetulan berdasarkan komen penilai tidak akan diterbitkan ke dalam
e-Jurnal Politeknik
Kertas penulisan adalah 5-10 helai muka surat (single spacing).
Penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan adalah digalakkan.
B. YURAN PENYERTAAN
Yuran bagi tenaga pengajar/ staf POLYCC adalah RM200/ kumpulan (maksima 3 orang bagi setiap kumpulan)
Yuran kategori selain dari POLYCC adalah RM300/ kumpulan (maksima 3orang bagi setiap kumpulan.
Para peserta perlu menjelaskan bayaran atas nama Koperasi Kolej Komuniti Selayang Selangor Berhad. Setiap pembayaran perlu mengikut kategori seperti yang ditetapkan. TIADA pemulangan jika berlaku kesilapan di pihak peserta.
Bukti pembayaran yuran perlu dimuatnaik di dalam pautan yang disediakan (xxx).
Untuk semua kertas kajian yang diterima, yuran pendaftaran bagi kertas kajian penuh perlu dibayar selewat-lewatnya 5 Julai 2024 (Jumaat)