PERTANDINGAN INOVASI DAN SIMPOSIUM PELANCONGAN HOSPITALITI MALAYSIA (PISPeHM) 2024
Pertandingan Inovasi dan Simposium Pelancongan Hospitaliti Malaysia (PISPeHM) 2024 adalah satu langkah proaktif dan kolaborasi antara Kolej Komuniti Selayang (KKSY) dan Pusat Penyelidikan Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (PPI, JPPKK) dalam membudayakan penyelidikan dan menyuburkan unsur inovasi dan komersialan dalam kalangan warga Politeknik dan Kolej Komuniti Selayang secara khusus.
OBJEKTIF
Melestarikan budaya kerja cemerlang dan meningkatkan daya saing dalam penyelidikan, inovasi serta komersialan bidang pelancongan, hospitaliti dan gastronomi di kalangan pensyarah, pelajar dan komuniti setempat.
Mengetengahkan bakat dan kreativiti para pensyarah, pelajar dan komuniti dalam mereka cipta produk/perkhidmatan/proses kerja terkini yang mempunyai nilai komersial yang tinggi sesuai dengan peningkatan usaha pendigitalan ekonomi.
Memupuk aktiviti perkongsian pintar kepakaran dan knowledge transfer antara pendidikan dan pihak industri.
SASARAN PENYERTAAN
Institusi Pendidikan: UA, MTUN, IPTA, IPTS, ILK & agensi
Warga Kementerian Pertanian dan Kerterjaminan Makanan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Pemain Industri Pelancongan, Hotel dan Kulinari Malaysia
Komuniti