PANDUAN & SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN PROJEK INOVASI
A. GARIS PANDUAN PENYERTAAN
Penyertaan adalah TERBUKA (Universiti, Politeknik, Kolej Komuniti, Agensi dan Industri)
Penyertaan adalah secara individu / berkumpulan (tidak melebihi 5 orang termasuk mentor)
Bidang Inovasi adalah seperti di bawah:
Pelancongan
Hospitaliti
Gastronomi
Pengurusan Acara
Setiap penyertaan perlu disertakan dengan satu (1) laporan inovasi dan satu (1) keping poster bersaiz A2.
Tarikh akhir pendaftaran, penyertaan dan pembayaran adalah pada 5 Julai 2024, jam 12.00 malam melalui pautan di https://bit.ly/DaftarPISPeHM2024
Contoh templat laporan inovasi dan poster
Bagi produk / projek inovasi yang telah dipertandingkan dan memenangi apa-apa anugerah terdahulu mestilah melakukan pengubahsuaian ke atas inovasi tersebut sekurang-kurangnya 30% perubahan.
Pertandingan akan dilaksanakan secara BERSEMUKA.
Tarikh akhir penghantaran poster inovasi adalah pada 05 Julai 2024 jam 12.00 malam. Poster inovasi bersaiz A2 hendaklah dibawa bersama semasa hari pertandingan.
Keputusan juri adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
B. SYARAT DAN PERATURAN UMUM PERTANDINGAN INOVASI
Peserta perlu menggunakan Bahasa Melayu sahaja semasa sesi pembentangan.
Penggunaan Bahasa Melayu adalah diwajibkan.
Setiap penyertaan mestilah merupakan karya asal / asli peserta dan tidak menciplak mana-mana hak cipta orang lain. Penyertaan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli / diciplak.
C. PANDUAN SESI SOAL JAWAB
Setiap kumpulan perlu menghadirkan diri semasa sesi soal jawab pertandingan produk / projek inovasi yang akan diadakan pada 06 hingga 09 September 2024. Jadual akan diberikan melalui e-mel / platform utama atau mana-mana platform yang dirasakan sesuai oleh pihak penganjur.
Sesi soal jawab akan dilaksanakan secara bersemuka sahaja.
D. PANDUAN PENULISAN ABSTRAK (RINGKASAN) INOVASI:
Penulisan ringkasan (abstrak) inovasi mestilah dihantar dalam dokumen berbentuk MS WORD (docx atau doc) mengikut format templat yang telah diberikan.
Penulisan ringkasan (abstrak) inovasi harus mengandungi latar belakang dan pengenalan projek, kenyataan masalah, objektif projek, metodologi, dapatan dan penerangan produk / inovasi serta rujukan secara ringkas sahaja.
Penulisan abstrak perlu dihantar semasa pendaftaran.
E. YURAN PENYERTAAN
Yuran bagi tenaga pengajar/ staf POLYCC adalah RM200/ kumpulan (maksima 5 orang bagi setiap kumpulan)
Yuran kategori selain dari POLYCC adalah RM300/ kumpulan (maksima 5 orang bagi setiap kumpulan).
Para peserta perlu menjelaskan bayaran atas nama Koperasi Kolej Komuniti Selayang Selangor Berhad. Bukti pembayaran yuran perlu dimuatnaik di dalam pautan yang disediakan (xxx)
F. PANDUAN PENYEDIAAN POSTER DAN LAPORAN INOVASI
LAPORAN INOVASI
Kandungan laporan inovasi adalah seperti berikut:
Muka hadapan
Biodata dan ahli kumpulan
Tajuk
Abstrak
Pengenalan Produk
Objektif inovasi
Rasional Pembangun Inovasi
Strategi Penyelesaian Inovasi (Aplikasi)
Kaedah Penggunaan
Impak
Potensi Komersialan
Carta Perbatuan
Cadangan Penambahbaikan
Gambar Produk
Rujukan
POSTER
Setiap peserta dikehendaki menyediakan poster bersaiz A2 dalam orientasi Potrait
Poster (softcopy) format PDF (tidak melebihi 1GB) perlu dihantar pada tarikh dan pautan yang sama
Kandungan poster adalah seperti berikut:
Penerangan Produk
Objektif
Rasional Pembangun Inovasi
Strategi Penyelesaian Inovasi (Aplikasi)
Potensi Komersialan
Gambar Produk
E. HADIAH DAN SIJIL PERTANDINGAN
Setiap penyertaan hanya akan menerima SATU (1) Sijil Penyertaan dan TIADA sijil pembentangan akan dikeluarkan oleh pihak pengajur.
Anugerah yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Anugerah Emas, Perak dan Gangsa diberikan kepada kumpulan yang layak hanya satu (1) pingat sahaja akan diberikan kepada setiap kumpulan yang memenangi anugerah.