PANDUAN & SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN THE BIG IDEAS – SIRI 2 (PRODUCT PITCHING)
A. GARIS PANDUAN PENYERTAAN:
Penyertaan adalah TERBUKA (Universiti, Politeknik, Kolej Komuniti, Agensi dan Industri)
Penyertaan adalah secara individu / berkumpulan (tidak melebihi 5 orang termasuk mentor)
Peserta boleh memilijh sama ada Idea Inovasi Perniagaan atau Produk@Perkhidmatan Inovasi Perniagaan
Bidang pertandingan Idea/Produk atau Perkhidmatan Inovasi adalah terbahagi kepada:
Pelancongan
Hospitaliti
Gastronomi
Pengurusan Acara
TIADA HAD bilangan penyertaan daripada setiap institusi.
Idea / produk atau perkhidmatan inovasi yang dipertandingkan mestilah karya atau idea asli dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber. Sekiranya peserta didapati melanggar syarat berkaitan, maka penyertaan akan TERBATAL secara automatik.
Penggunaan Bahasa Melayu adalah diwajibkan.
Idea inovasi boleh dikemukakan dalam bentuk sampel komersial, prototaip, model, pelan, mock-up, lukisan, gambar, teks dan lain-lain yang bersesuaian.
Setiap penyertaan WAJIB menghantar POSTER bersaiz A2 (softcopy) dan dibawa bersama pada hari pertandingan.
Para peserta perlu menjelaskan bayaran atas nama Koperasi Kolej Komuniti Selayang Selangor Berhad. Bukti pembayaran yuran perlu dimuatnaik di dalam pautan yang disediakan (xxx)
Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 5 Julai 2024, jam 12.00 malam melalui pautan di https://bit.ly/DaftarPISPeHM2024
B. PANDUAN PENYEDIAAN POSTER @ IDEA /PRODUK PERKHIDMATAN
Setiap peserta dikehendaki menyediakan poster bersaiz A2 dalam orientasi Potrait
Poster (softcopy) format PDF (tidak melebihi 1GB) perlu dihantar pada tarikh dan pautan yang sama
Kandungan poster dan slaid pembentangan perlu mengandungi elemen berikut (rujuk templat):
Penerangan Produk
Aplikasi
Objektif
Potensi Pasaran
Keaslian
Gambar Produk
C. PENJURIAN PERTANDINGAN
Setiap peserta hanya diberikan masa maksimum 7 minit untuk membuat product pitching menggunakan paparan slaid powerpoint dan 3 minit bagi sesi soal jawab oleh panel juri.
Para peserta digalakkan membawa prototype atau produk inovasi.
Keputusan juri adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
D. HADIAH PERTANDINGAN
Setiap penyertaan hanya akan menerima SATU (1) Sijil Penyertaan dan TIADA sijil pembentangan akan dikeluarkan oleh pihak pengajur
Anugerah yang ditawarkan adalah seperti berikut: