PENGENALAN SMART GREEN KKSB
POLISI SMART GREEN KKSB
Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) bertekad untuk mewujudkan persekitaran kerja dan pembelajaran yang mampan berdasarkan Blueprint SmartGreen PolyCC 2021 – 2026 untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan warga.
Untuk mencapai matlamat ini KKSB beriltizam dan berusaha untuk:
1.MENGURANGKAN penghasilan semua jenis sisa daripada semua jenis aktiviti yang dilakukan di Kolej Komuniti Sabak Bernam melalui pelaksanaan Program Kitar Semula (Prevent, Reduce, Reuse, Recycle, Treat).
2.MENYOKONG DAN MEMPROMOSIKAN pendidikan, penyelidikan dan inovasi yang berkaitan inisiatif hijau.
3.MENINGKATKAN penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui untuk diaplikasikan di dalam kampus.
4.MELANCARKAN kempen pengetahuan dan membudayakan amalan penjimatan tenaga dan air.
5.MEWUJUDKAN keceriaan landskap.
6.MEMINIMUMKAN penggunaan bahan cetak.
7.MENGGALAKKAN perkongsian kenderaan dalam kalangan staf dan pelajar.
8.MEMATUHI Garis Panduan Perolehan Hijau Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
Semua kakitangan dan pelajar bertanggungjawab untuk merealisasi amalan baik menjaga kelestarian alam sekitar dengan penuh iltizam seperti mana yang terkandung dalam polisi ini.
LOGO SMART GREEN KKSB
Logo Smart Green KKSB ini dihasilkan oleh pensyarah seni bina, En Ahmad Fikri bin Yusof, Ianya dilukis secara manual bagi menunjukkan hasrat suci murni warga KKSB dalam menjayakan agenda Smart Green.
Helaian daun segar melambangkan keazaman KKSB dalam menjayakan budaya hijau dan melestarikan alam sekitar seiring dengan kemajuan negara.