PROGRAM KEBUN DAPUR (EDIBLE GARDEN)
Tarikh : 2 Januari 2025
Inisiatif KKSB menggunakan ruang-ruang tanah yang kosong dengan penanaman pokok-pokok herba masakan bagi tujuan kegunaan di makmal pemprosesan makanan. Beberapa pokok yang sering digunakan telah ditanam seperti serai, pandan, kunyit. Kari, limau purut, halia dan lain-lain lagi. Inisiatif ini dapat memanfaatkan ruang yang ada dan sekaligus dapat mengurangkan perbelanjaan kolej dalam mendapatkan bekalan bahan segar daripada pihak luar.
PROGRAM MYSAVEFOOD GERAKAN PENGGUNA SISWA 2025
Tarikh : 21 Mac 2025
Program MySaveFood Ramadan telah disertai oleh ahli Gerakan Pengguna Siswa KKSB 2025 dan diketuai oleh Pn. Nur Shahreena Juhari selaku Penyelaras GPS KKSB. Program ini turut disertai oleh Pn.Muhaini, Pn. Siti Hazura, beberapa orang pelajar JPP dan PRISS KKSB. Program ini diadakan di Bazar Ramadan Pekan Sabak.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengurangkan pembaziran makanan. Antara aktiviti yang berlangsung termasuklah sesi taklimat dan program agihan makanan kepada pelajar KKSB dan pusat tahfiz sekitar Sabak.
Sepanjang program ini, para peserta telah berjaya menyelamatkan 812kg makanan dan minuman yang berpotensi dibuang, sekaligus membantu individu yang memerlukan. Selain itu, hasil tinjauan menunjukkan terdapat peningkatan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai kaedah mengurus makanan secara lebih berhemah.
Sebagai penutup, semua peserta telah berikrar untuk mengamalkan sikap lebih bertanggungjawab dalam pengurusan makanan dan meneruskan usaha menyebarkan kesedaran kepada masyarakat.
Setiap individu mempunyai peranan untuk mengurangkan pembaziran dengan merancang pembelian makanan dengan bijak, menyimpan makanan dengan betul, dan berkongsi lebihan makanan dengan mereka yang memerlukan. Jadikan amalan ini sebagai budaya dalam kehidupan seharian demi masa depan yang lebih lestari. Pembaziran makanan bukan sahaja merugikan sumber tetapi juga memberi impak besar terhadap alam sekitar dan ekonomi.