Lawatan Penandaarasan Smart Green ke Kolej Komuniti Jerantut telah dilaksanakan melibatkan seramai 11 orang pegawai dari Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB).
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada warga KKSB berkaitan pendekatan inovatif, penerapan teknologi hijau, sistem pengurusan serta pelaksanaan inisiatif kelestarian alam sekitar yang diaplikasikan di Kolej Komuniti Jerantut sebagai rujukan dan amalan terbaik.
Sesi perkongsian ilmu turut diadakan yang merangkumi pembentangan kejayaan pelaksanaan Program Smart Green Kolej Komuniti Jerantut, perkongsian amalan terbaik (best practices) yang boleh dicontohi oleh KKSB merujuk kepada tujuh (7) bidang tumpuan Smart Green serta pelaksanaan program kesedaran, pembudayaan dan amalan kelestarian dalam kalangan warga Kolej Komuniti Jerantut.
Delegasi dari KKSB turut berpeluang melawat fasiliti bagi mendapat gambaran secara langsung terhadap kemudahan dan amalan hijau yang diaplikasikan di institusi tersebut.
Turut serta dalam lawatan ini ialah Encik Muhammad Zaim bin Abdullah Hasim, Timbalan Pengarah Pengurusan, Puan Nur Azura Kiban, Pengurus serta JawatankuasaΒ Smart Green KKSB.
Terima kasih, KK Jerantut!
Penyelarasan Smart GreenΒ
Kolej Komuniti Sabak Bernam
SUMBANGAN KEBUN DAPUR KOLEJ! π±Β
Jawatankuasa Smart Green, Kolej Komuniti Sabak Bernam telah menerima sumbangan sebanyak RM 220 dari warga KKSB bagi projek Kebun Dapur Kolej bagi pembelian bahan-bahan seperti tanah semaian, pokok herba dan peralatan asas kebun. Selain wang, sumbangan seperti pokok herba turut diberikan dalam membangunkan projek ini. Sekecil mana pun sumbangan warga KKSB, amatlah kami hargai. Semoga usaha murni ini menjadi amal jariah buat kita semua. Terima kasih!Β
PROGRAM SMART GREEN KKSB - PROJEK PEMBINAAN KEBUN DAPUR - 4 FEBRUARI 2026Β
Jawatankuasa Smart Green KKSB melaksanakan Projek Pembinaan Kebun Dapur Kolej Komuniti Sabak Bernam sebagai salah satu inisiatif ke arah memupuk amalan hijau serta menyokong kelestarian alam sekitar di peringkat kampus.
Butiran Program:
Tarikh: 4 Februari 2026 (Rabu)
Tempat: Kawasan Landskap Blok B
Pelaksanaan projek ini diharap dapat memberi manfaat berterusan serta menjadi inspirasi kepada warga KKSB dalam mengamalkan gaya hidup lestari dan mesra alam.
SEKITAR HARI MENGUNDI PILIHAN RAYA KAMPUS POLYCC: 100% PELAJAR KKSB MENGUNDI DALAM TALIAN (PAPERLESS) - 4 FEBRUARI 2026 Β
Kolej Komuniti Sabak Bernam merekodkan penglibatan keseluruhan 223 orang pelajar semasa di kampus dalam Sesi Mengundi Pilihan Raya Kampus POLYCC, sekali gus mencatatkan kadar kehadiran pengundi sebanyak 100% mengundi dalam talian dalam memilih barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) KKSB.
Proses pengundian dalam talian dapat mengurangkan penggunaan kertas dan bahan fizikal, sekali gus menyokong agenda kelestarian dan teknologi hijau.Β
PROJEK KELAS PELAJAR DAT: GALLERY WALK - THE CARDBOARD CHAIR βBody is the key of ergonomic productβ - 5 FEBRUARI 2026Β
Pelajar Diploma Teknologi Senibina (DAT) di Kolej Komuniti Sabak Bernam bagi kursus DAT20063 β Architectural Design 1 telah mempamerkan hasil projek The Cardboard Chair, iaitu penghasilan model kerusi ergonomik berskala 1:1 yang menitikberatkan aspek proportion, scale dan antropometri manusia.
Projek ini mencabar pelajar untuk meneroka kreativiti reka bentuk, kecekapan struktur serta keselesaan pengguna dengan hanya menggunakan kotak terpakai (kadbod) sebagai bahan utama. Menariknya, kerusi ini dibina tanpa penggunaan gam, pita atau bahan pengikat lain, sekali gus menggalakkan amalan reka bentuk lestari dan penggunaan semula bahan (reuse) sebagai sokongan kepada gaya hidup rendah karbon.
Program Gallery Walk ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah, para pensyarah serta pelajar KKSB yang berpeluang mencuba sendiri kerusi yang dipamerkan dan memberikan maklum balas, ulasan serta cadangan membina bagi membantu pelajar menambah baik reka bentuk mereka.
Pendekatan ini secara tidak langsung memperkukuh pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar (experiential learning) dalam proses reka bentuk. Gallery Walk ini bukan sekadar pameran hasil kerja, malah menjadi platform interaksi, perkongsian idea dan refleksi yang menghubungkan teori ergonomik dengan aplikasi reka bentuk sebenar.
β¨ Program ini juga menunjukkan bagaimana inovasi reka bentuk boleh digabungkan dengan amalan kelestarian melalui penggunaan bahan terpakai dalam penghasilan produk yang kreatif dan berfungsi.
βBUILD YOUR FUTURE WITH USβ ππ±
PROGRAM JOM KONGSI KENDERAAN PERKUKUH BUDAYA LESTARI WARGA KKSB - 6 FEBRUARI 2026Β
Warga Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) menyahut baik seruan Jom Kongsi Kenderaan yang dianjurkan sempena Sesi Penggambaran Fotografi dan Video Hari Raya Aidilfitri 2026 yang berlangsung pada 6 Februari 2026 (Jumaat).
Program ini mendapat sambutan menggalakkan apabila warga KKSB menunjukkan komitmen dengan mengamalkan perkongsian kenderaan bagi memudahkan urusan perjalanan ke lokasi penggambaran.Β
Inisiatif ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kolej, malah membantu menjimatkan kos perjalanan serta menyokong usaha kelestarian alam melalui pengurangan penggunaan kenderaan.
βBUILD YOUR FUTURE WITH USβ
PROGRAM INOVASI PELAJAR KKSB TAHUN 2026 βTVET HIJAU UNTUK MASA DEPANβ. - 11 FEBRUARI 2026
UNIT PENYELIDIKAN,INOVASI DAN KOMERSIALΒ telah mengadakan PROGRAM INOVASI PELAJAR KKSB TAHUN 2026 bertemakan βTVET Hijau Untuk Masa Depanβ. Dua orang Juri dijemput khas dari Politeknik Sultan Idris Shah iaitu Ts. Dr. Naeemah Binti Yusof dan Dr. Muhammad Muizz bin Mohd Nawawi manakalan juri, Pn. Noraznin binti Omar dari Kolej Komuniti Pasir Salak serta En. Muhd Hafiz bin Sabran dari Kolej Komuniti Batu Gajah.
Seramai 115 pelajar dari 33 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kursus menyertai program ini. Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk berinovasi dalam bidang masing-masing dengan menggunakan bahan kitar semula.
TAHNIAH DAN SYABAS kepada peserta terutama yang telah memenangi Program Inovasi Pelajar kali ini. Semoga menjadi pembakar semangat untuk menyertai pertandingan inovasi di peringkat yang lebih tinggi.
Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pengurusan tertinggi, ahli jawatankuasa dan pembimbing dalam menjayakan program ini.
βBUILD YOUR FUTURE WITH USβ
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) MENGECAT DAN MELUKIS MURAL PLANTER BOX MASJID - 12 FEBRUARI 2026Β
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mengecat dan melukis mural pada planter box telah dilaksanakan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin. Program ini melibatkan seramai 21 orang pelajar Diploma Teknologi Senibina (DAT2) dari Kolej Komuniti Sabak Bernam yang komited menjayakan aktiviti khidmat komuniti tersebut.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar menjalankan kerja-kerja pembersihan, mengecat serta melukis mural bagi menceriakan dan memperindahkan kawasan planter box masjid. Inisiatif ini bukan sahaja memberikan nafas baharu kepada landskap persekitaran masjid, malah menyumbang kepada usaha pemeliharaan alam sekitar dan pengurusan landskap yang lebih teratur, hijau serta kondusif untuk kegunaan komuniti setempat.
Aktiviti ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran reka bentuk, kreativiti visual serta pengurusan ruang landskap yang dipelajari dalam suasana sebenar. Melalui pengindahan elemen landskap seperti planter box, persekitaran masjid menjadi lebih harmoni, menarik dan menyokong konsep persekitaran yang bersih serta lestari.
Program ini dipantau dan dibimbing oleh barisan pensyarah Program DAT iaitu Ts. Muhamad Bukhari bin Othman, Puan Fairuz binti Ahmad Fuad, Syaidatul Liza binti Khusnin serta En. Hairunizam bin Osman.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, di samping memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab sosial serta kesedaran terhadap kepentingan penjagaan landskap dan alam sekitar dalam kalangan pelajar.
βBUILD YOUR FUTURE WITH USβΒ
PROGRAM PLOGGING- JEJAK HIJAU KKSB - 13 FEBRUARI 2026Β
Jawatankuasa Smart Green, Kolej Komuniti Sabak Bernam dengan kerjasama KDEB Waste Management Cawangan Sabak Bernam telah berjaya menganjurkan Program Plogging β Jejak Hijau KKSBΒ di Kampung Gertak Tinggi, Sabak
Program ini melibatkan pelajar daripada kelas SKE 2, SKE 2B,SKE 2C dan DAT 2. Sebanyak 108.2 kg sampah telah berjaya dikutip, sekali gus menyumbang kepada usaha menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
Turut diadakan pertandingan kutipan sampah terberat bagi tempat pertama hingga ketiga sebagai galakan kepada para peserta. Hadiah telah disampaikan oleh En. Ahmad Arman bin Nor Anuar.
Terima kasih atas komitmen dan semangat kesukarelawanan semua pelajar.
βSatu langkah, satu sampah, satu perubahan untuk bumi.β
βBUILD YOUR FUTURE WITH USβ
Β PERASMIAN KEBUN DAPUR KKSB- SMART GREEN KKSB - 14 FEBRUARI 2026Β
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Anesee bin Ibrahim dan Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Shamsuri bin Abdullah merasmikan Kebun Dapur KKSB yang merupakan salah satu projek Smart Green KKSB.
Perasmian ini dibuat bersempena penganjuran Program Aspirasi MADANI 2026 melibatkan warga POLYCC dan komuniti Sabak Bernam.Β
Syabas dan tahniah, warga KKSB!
βBUILD YOUR FUTURE WITH USβ
πΏ PROGRAM LENGGANG LENGGOK RENTAK DESA
SEMPENA PROGRAM ASPIRASI MADANI 2026: TRANSISI KERJAYA & PRIHATIN KOMUNITI - 14Β FEBRUARI 2026Β
Kolej Komuniti Sabak Bernam telah menjayakan Program Lenggang Lenggok Rentak Desa yang menampilkan keunikan budaya desa sambil memupuk kesedaran terhadap gaya hidup rendah karbon melalui aktiviti komuniti yang lestari dan mesra alam.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat:
β’ Datuk Dr Anesee bin Ibrahim , Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi
β’ Datin Anisah binti Mahmood, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Tinggi
β’ Dr Shamsuri bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
β’ Dr Zuraidah binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Program ini mencerminkan komitmen KKSB dalam menyokong inisiatif komuniti yang inklusif, berbudaya serta menyokong agenda kelestarian dan kampus rendah karbon. π±
MESYUARAT JAWATANKUASA SMART GREEN, KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM BIL 1 2026 - 27Β FEBRUARI 2026 Β
Jawatankuasa Smart Green, Kolej Komuniti Sabak Bernam telah mengadakan mesyuarat bil 1/2026 untuk membincangkan sasaran pencapaian danΒ pelan perancangan bagi aktiviti tahun 2026.Semoga Keputusan mesyuarat yang dicapai dapat mencapai matlamat yang ditetapkan serta meningkatkan imej KKSB sebagai institusi yang komited dalam kelestarian alam.
PELAN PERANCANGAN AKTIVITI SMART GREEN KKSBΒ
(MAC β MEI 2026) - 3 MAC 2026
Menggariskan pelbagai aktiviti berkaitan kelestarian hijau, pengurusan alam sekitar, pengurusan sisa, air, dan pengangkutan.Β
Pelan ini juga menyenaraikan beberapa polisi hijau KKSB seperti Polisi Mesyuarat Tanpa Kertas, Larangan penggunaan botol plastik sekali guna dan Polisi Kampus Selamat & Rendah Bunyi.Semoga usaha yang dilakukan dapat menyelamatkan bumi dari pencemaran alam.
PROGRAM MYSAVEFOOD RAMADAN Β - 02-06 Mac 2026
Program MySaveFood Ramadan telah berlangsung selama 5 hari di Bazar Ramadan Sungai Besar.Sepanjang program ini dijalankan, pelbagai usaha telah dilakukan dalam memastikan lebihan makanan dapat diselamatkan daripada pembaziran dan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.sebanyak 711.4 kg makanan berjaya diselamatkan sepanjang program ini berlangsung.
Di sebalik angka ini, tersimpan pengorbanan masa, tenaga dan komitmen para sukarelawan yang tidak pernah jemu turun padang setiap hari. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan yang diketuai oleh Penyelaras GPS KKSB Pn. Nur Shahreena Juhari dan ahli Gerakan Pengguna Siswa (GPS) serta staf KKSB yang sentiasa komited menjayakan program ini dari awal hingga ke hari terakhir.
Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan kepada rakan kerjasama iaitu GEMA, KPDN Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) atas sokongan serta kerjasama yang sangat bermakna dalam menjayakan Program MySaveFood Ramadan pada tahun ini.
Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar dalam mengurangkan pembaziran makanan serta menyemai kesedaran dalam masyarakat tentang kepentingan menghargai rezeki.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.
InsyaAllah, kita jumpa lagi pada MySaveFood Ramadan tahun hadapan.
#MySaveFood
#SayangiMakanan
#GPSKKSB
WEBINAR RAMADAN SIHAT & HIJAU: TRANSFORMASI FIZIKAL, MENTAL DAN ROHANI - 04 MAC 2026
Jawatankuasa Smart Green, Kolej Komuniti Sabak Bernam bersama pelajar kursus MPU13012 Pendidikan Islam kelas SFP 2 telah menyertai Webinar Ramadan Sihat & Hijau: Transformasi Fizikal, Mental Dan Rohani anjuran Kolej Komuniti Segamat 2.
Antara input yang diperolehi ialah kesedaran tentang pembaziran makanan,konsep Waste to Wealth dengan nilai Islam, gaya hidup sihat dan sederhana,amalan kitar semula dan pengurusan sisa dan membentuk komuniti yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar .
WARGA KKSB BERSAMA-SAMA MENGAMALKAN LANGKAH PENJIMATAN ELEKTRIK-16 MAC 2026
Seluruh warga Kolej Komuniti Sabak Bernam telah mengamalkan langkah-langkah penjimatan tenaga elektrik selaras dengan Arahan Pelaksanaan Langkah Kecekapan Tenaga Tanpa Kos (No-Cost Measures) Di Premis Kerajaan melalui surat rujukan JPM.KSN.100-2/2/5 Jld.64(6) bertarikh 9 April 2025 dan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2014 Garis Panduan Kaedah Penjimatan Tenaga di Pejabat dan Premis Kerajaan. Arahan yang terkandung dalam garis panduan tersebut adalah:
π’Menetapkan suhu penghawa dingin kepada sekurang-kurangnya 24Β°C
π’Memastikan lampu dan peralatan elektrik dimatikan apabila tidak digunakan terutamanya semasa waktu rehat dan selepas waktu pejabat
Marilah kita bersama-sama menyokong amalan penjimatan tenaga demi mewujudkan persekitaran kampus yang lestari dan menyokong inisiatif Smart Green KKSB.
MENUAI HASIL TANAMAN KEBUN DAPUR-13 APRIL 2026
Satu aktiviti menuai hasil tanaman telah dilaksanakan di Kebun Dapur Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian dan pembudayaan amalan pertanian bandar. Aktiviti ini melibatkan proses penuaian tanaman herba yang telah diusahakan secara berkala oleh warga kolej.
Hasil tanaman yang dituai termasuk pelbagai jenis herba seperti serai, daun kari, daun limau purut, cili dan tanaman lain yang sesuai digunakan dalam penyediaan makanan harian. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada teknik penjagaan dan penuaian tanaman, malah turut memupuk kesedaran terhadap kepentingan sumber makanan lestari serta amalan gaya hidup hijau.
Program ini diharapkan dapat diteruskan secara konsisten sebagai platform pembelajaran praktikal dan menyokong agenda kelestarian di peringkat kolej.
π ECO-ENTREPRENEURSHIP: KREATIVITI BATIK KITAR SEMULA-17 APRIL 2026
Pelajar kursus MPU12012 Keusahawanan SFP 3 telah melaksanakan aktiviti jualan produk berasaskan kain batik terpakai sebagai inisiatif keusahawanan lestari. Produk yang dihasilkan seperti beg, aksesori dan barangan kraf tangan menonjolkan kreativiti pelajar dalam mengitar semula bahan terpakai kepada produk bernilai komersial. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada kemahiran perniagaan, malah meningkatkan kesedaran terhadap amalan kelestarian alam sekitar melalui konsep guna semula (reuse).Β
π SAMBUTAN HARI BUMI 2026: OUR POWER, OUR PLANETΒ
-22 APRIL 2026
Setiap tahun pada 22 April, penduduk dunia bersatu hati untuk menghargai bumi kita. Bagi tahun 2026, Jawatankuasa Smart GreenΒ Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) mengajak anda semua untuk sama-sama mengambil langkah proaktif dalam pemuliharaan alam sekitar global.Bumi bukan sekadar tempat tinggal, ia adalah amanah untuk generasi masa depan. Tema tahun ini, "Our Power, Our Planet", menekankan bahawa setiap tindakan kecil kita mempunyai impak yang besar.
Apa peranan anda?
π± Tanam Pokok: Hijaukan persekitaran kita.
π« Kurangkan Plastik: Sayangi hidupan laut dan darat.
π‘ Jimat Tenaga: Gunakan sumber secara bijak.
π Didik Masyarakat: Sebarkan kesedaran tentang kelestarian.
Jom warga KKSB! Mari kita buktikan bahawa kita mampu membawa perubahan positif demi bumi yang lebih lestari.
π PAMERAN PROJEK MINI SUG10022: PEMATUHAN TEKNOLOGI HIJAU SEMPENA HARI BUMI-23 APRIL 2026
Pameran Projek Mini Pelajar SPK 2A & 2B bagi modul SUG 10022 Pematuhan Teknologi Hijau telah diadakan di Dewan Kuliah bermula jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini bertujuan mempamerkan hasil projek pelajar yang menekankan aspek pematuhan terhadap amalan teknologi hijau serta meningkatkan kesedaran berkaitan kelestarian alam sekitar. Selain itu, pameran ini turut menjadi platform perkongsian idea dan inovasi dalam kalangan pelajar.
MESYUARAT JAWATANKUASA SMART GREEN, KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM BIL 2 2026 - 24 APRIL 2026Β Β
Mesyuarat Smart Green Kolej Komuniti Sabak Bernam Bil. 2/2026 telah berlangsung pada 24 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Mesyuarat ini memberi fokus kepada perbincangan penetapan skala UI GreenMetric serta perancangan aktiviti Smart Green bagi tahun 2026 ke arah memperkukuh amalan kelestarian di institusi.
Β AMALAN PEMANDUAN HIJAU & SELAMAT DI KKSB πΏπ
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Kolej Komuniti Sabak Bernam!
Berdasarkan tinjauan di kawasan parkir, warga KKSB kini secara konsisten mengamalkan Reverse Parking (Parkir Secara Undur). Amalan ini bukan sekadar trend tetapi merupakan langkah bijak untuk:
β Keselamatan Maksimum: Memudahkan pandangan lebih jelas ketika keluar.
β Kelestarian Alam: Mengurangkan penggunaan minyak dan menyokong kampus hijau.
β Ketertiban: Memastikan aliran trafik yang lebih sistematik.
Teruskan budaya positif ini demi keselamatan dan kesejahteraan kita bersama. Anda memang hebat!
π KEMPEN KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI
JANGAN BUANG MINYAK MASAK ANDA! TUKAR JADI WANG TUNAI!
masak masak kat rumah, minyak dah hitam jangan buang dalam sinki ya! Jom sertai Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai anjuran Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB).
Sambil jaga alam sekitar, poket pun masyuk!
Tarikh: 13 Mei 2026 (Rabu)
Masa :10.00 pagi
Lokasi: Tapak Pengumpulan Tempat Letak Kenderaan Hadapan Blok A, Kolej Komuniti Sabak Bernam
Harga Jualan: RM3.00 / kg (Bayaran tunai/online terus!)
4 Langkah Mudah:
Kumpul minyak dalam bekas di rumah.
Bawa ke hadapan Blok A KKSB(Tempat Letak Kenderaan) pada tarikh tersebut.
Timbang & Rekod.
Terima bayaran tunai!
Jom orang Sabak Bernam, kita hijaukan bumi dan tambah pendapatan. Jumpa di sana!
#SmartGreenKKSB #KKSBPrihatin #KitarSemula #SabakBernam #MinyakMasakTerpakai
π KOLABORASI KKSB BERSAMA SPECTRUM OIL DALAM AGENDA PEMERKASAAN TVET BAGI BIDANG SMART GREEN - 13 MEI 2026
Kolej Komuniti Sabak Bernam melalui Unit Smart Green mengadakan Sesi Tandatangan Surat Hasrat Kolaborasi Untuk Bekerjasama dengan Spectrum Oil. Sesi tandatangan disempurnakan antara Encik Ahmad Arman bin Nor Anuar, Pengarah Kolej Komuniti Sabak Bernam dan Encik Muhamad Alif bin Jabar, Head of Collector UCO.
Pelaksanaan sesi ini adalah sebagai inisiatif gerak kerja yang lebih mampan dalam agenda pemerkasaan TVET bagi bidang Smart Green oleh KKSB. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak bagi menjayakan kolaborasi ini.
Syabas dan tahniah!
βBUILD YOUR FUTURE WITH USβ
π PROGRAM KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI- 13 MEI 2026
Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) melalui Unit Smart Green berjaya menganjurkan Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai: "Tukar Sisa Menjadi Wang" bertempat di ruang parkir hadapan pintu utama institusi.
Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada warga kolej dan komuniti setempat sekaligus berjaya merekodkan pengumpulan minyak masak terpakai sebanyak 407.4 kilogram dengan anggaran nilai jualan sebanyak RM1,223.70.
Selain itu, kempen ini turut dimeterai menerusi Majlis Menandatangani Kolaborasi antara Kolej Komuniti Sabak Bernam dan Syarikat Spectrum Oil.
Kerjasama strategik ini merupakan batu loncatan kepada komitmen berterusan KKSB dalam menyokong inisiatif Smart Green serta melestarikan alam sekitar secara profesional.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Sisa jadi dana, alam terjaga!
βBUILD YOUR FUTURE WITH USβ
π± KKSB KINI LEBIH HIJAU: KATAKAN TIDAK KEPADA PLASTIK SEKALI GUNA! π±Β
Langkah kecil, impak besar! Demi menyokong kelestarian alam sekitar dan agenda Smart Green, Kolej Komuniti Sabak Bernam kini menguatkuasakan polisi hijau dengan melarang penggunaan botol plastik sekali guna dalam setiap mesyuarat dan program rasmi Smart Green kolej.
Sebagai ganti, warga KKSB akan beralih kepada penggunaan botol kaca guna semula yang lebih mesra alam, bersih, dan bergaya! πΆβ¨
Sama-sama kita ubah tabiat, kurangkan sisa plastik, dan jadikan KKSB sebuah komuniti yang hijau dan lestari.
#SmartGreenKKSB #KolejKomunitiSabakBernam #GoGreen #Sustainabilty #KolejKomunitiMelestarikanKomuniti #BebasPlastik