GOTONG-ROYONG PENGINDAHAN LANDSKAP KKSB
Tarikh : 1 September 2022
KKSB merupakan bangunan yang terdiri daripada 2 blok rumah kedai. Terdapat sedikit kawasan bertanah yang sesuai dijadikan landskap. JK SmartGreen KKSB telah mengambil inisiatif mengadakan program gotong-royong untuk membersih dan menghias persekitaran kawasan-kawasan tersebut dengan tanaman hiasan dan bunga-bungaan. Aktiviti ini melibatkan kesemua staf KKSB.
Tarikh : 21 Julai 2022
AJK Smart Green KKSB telah mengadakan lawatan penanda aras ke Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bagi melihat dan mempelajari pelaksanaan inisiatif smart green di sana. Berbagai maklumat telah dikongsikan dan para peserta juga berpeluang melihat projek-projek yang telah dilaksanakan di PSIS.
Tarikh : 10 September 2022
Program Alam Sekitar Daerah Sabak Bernam Peringkat Mukim Sabak telah diadakan pada 10 September 2022 . Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Ahmad Mustain Bin Othman, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sabak. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah kempen kesedaran dan pengumpulan minyak masak terpakai, penanaman pokok dan pengindahan kawasan sekitar tebing sungai.
Tarikh : 26 November 2022
Program Kempen Kesedaran Kitar Semula e-Waste telah diadakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Sabak Bernam. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Ahmad Mustain Bin Othman Ahli Dewan Negeri Kawasan Sabak. Program dimulakan dengan program kecergasan gaya hidup sihat dan disusuli dengan ceramah kesedaran kitar semula e-waste. Seterusnya setiap peserta terlibat dengan agihan risalah kempen kesedaran ke kawasan kejiranan di sekitar pekan Sabak Bernam.