Pihak SRITI akan membuka pra-pendaftaran pada setiap bulan Jun untuk kemasukan tahun berikutnya. Iklan kemasukan akan dibuat menerusi FB Page Rasmi kami (SRITI Ibnu Falah).
Boleh. Pihak SRITI menerima semua murid walaupun daripada latarbelakang pendidikan prasekolah yang berbeza.
Kelayakan murid adalah berdasarkan keputusan ujian saringan yang diambil oleh murid. Hal ini kerana pihak kami menerima permohonan yang agak banyak berbanding had jumlah murid yang boleh ditempatkan ke dalam kelas.
Boleh. Ibubapa/penjaga boleh membuat pendaftaran melalui borang pra-pendaftaran yang disertakan di dalam iklan tawaran kemasukan murid baru. Jumlah penempatan murid adalah berdasarkan kekosongan semasa di dalam kelas.
SRITI menggunakan 3 silibus iaitu silibus KAFFAH (SRITI), KSSR (Kementerian Pelajaran Malaysia) dan KAFA (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan).
Silibus KAFFAH (Kurikulum Asas Fardhu Ain & Fardhu Kifayah) merupakan silibus yang mengintegrasikan subjek akademik dan diniyah. Selain itu, di bawah silibus juga terdapat subjek TQS (Tahfiz Quran Sunnah) yang menekankan kepada hafazan ayat Al-Quran dan Hadith. Subjek ini merupakan kesinambungan daripada silibus yang telah diajar di PASTI.
Yuran tahunan adalah lebih kurang RM1500 (tidak termasuk bayaran baju & buku) manakala yuran bulanan pula adalah RM480.
Memo pembayaran yuran bulanan akan dikeluarkan pada setiap 5 haribulan manakala tarikh akhir pembayaran adalah pada 15 haribulan untuk bulan tersebut. Contoh: Memo Pembayaran Yuran Februari dikeluarkan pada 5 Februari, dan tarikh akhir pembayaran adalah pada 15 Februari.
Ya. Selain daripada kurikulum pihak SRITI turut menawarkan aktiviti ko-kurikulum kepada murid seperti penyertaan kelab dan sukan/permainan. Mahrajan Amal Islam SRITI (MAIS) iaitu pertandingan kesenian Islam serta Temasya Sukan SRITI turut diadakan secara tahunan meliputi peringkat kawasan, negeri dan kebangsaan.
Bagi murid Tahap 2 (Tahun 4-6), murid akan diperkenalkan dengan Tunas Kadet Amal SRITI (TKAS) iaitu Unit Badan Beruniform yang dipelopori sebuah sukarelawan yakni Jabatan Amal Malaysia (JAM)
Bermula tahun 2020 terdapat beberapa cawangan SMITI (Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam) yang telah ditubuhkan di beberapa negeri termasuk Sabah, Perak, Kedah dan Kelantan. Ibubapa yang berminat boleh menghantar murid ke sekolah berikut sebagai kesinambungan pelajaran murid di SRITI.
Adapun begitu, murid masih boleh ke sekolah lain pilihan masing-masing kerana murid masih akan menduduki Peperiksaan Awam seperti UPKK, UPSRA dan UPSR ketika berada di SRITI.