Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam atau lebih dikenali sebagai SRITI ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2016 di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah yang bertanggungjawab menyelaras sistem, merangka silibus, membuat perancangan strategik dan membuka SRITI di seluruh negara. Untuk tahun pertama 2016 sebanyak 11 buah SRITI telah dibuka dan mula beroperasi.
Bagi SRITI Ibnu Falah di Putrajaya pula, ia telah ditubuhkan pada 2017 dan mula beroperasi pada tahun berikutnya (2018) dengan bilangan seramai 20 orang murid dan 4 orang tenaga pengajar. Sehingga kini telah mempunyai 196 orang murid (Tahun 1 - 5), 25 guru dan 1 staf am.
SRITI menawarkan silibus khusus yang diberi nama KAFFAH iaitu Kurikulum Asas Fardhu Ain & Fardhu Kifayah. Selain KAFFAH, SRITI juga menggunakan silibus dari Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan iaitu Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).
Antara subjek yang terkandung dalam silibus KAFFAH adalah:
Sains
Matematik
Bahasa
Fiqh Syahadah
Fiqh Solat
Fiqh Thoharah
Lughatul Quran
Tahfiz Quran Sunnah (TQS)
Dalam mengintegrasikan aspek pembelajaran murid-murid, mereka turut didedahkan dengan pelbagai jenis aktiviti ko-kurikulum. Ini bagi mengasah bakat murid serta soft skills yang diperlukan dalam mendepani cabaran yang mendatang.
Berikut merupakan antara aktiviti ko-kurikulum yang telah berjalan di sekolah:
Sukan dan Permainan
Bola Sepak | Bola Jaring | Memanah | Olahraga
Kelab dan Persatuan
Kelab Rekacipta | Kelab Koperasi | Persatuan Bahasa Melayu | Persatuan Bahasa Mandarin
Badan Beruniform
Tunas Kadet Amal SRITI (TKAS)
Memberikan pendidikan peringkat rendah berasaskan kurikulum intgerasi meliputi Tahfiz, Fardhu Ain dan Fardhu Fifayah melalui persekitaran yang kondusif
"Melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani Murabbi"
1. Menawarkan pakej pendidikan berteraskan Islam di peringkat sekolah rendah kepada anak-anak rakyat di Malaysia.
2. Menyediakan pendidikan bersepadu sebagai kesinambungan daripada institusi prasekolah PASTI.
3. Mendidik generasi Islam bagi melahirkan insan yang beriman, berakhlak dan berilmu serta memahami Islam sebagai agama yang lengkap dan syumul.
4. Melahirkan generasi muda Islam sebagai petugas dan pemimpin umat Islam akan datang.
SRITI
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam
Warna Putih
Melambangkan kesucian, fitrah insan yang bersifat universal
Warna Hijau
Melambangkan penyuburan nilai-nilai Islam, Iman dan Ihsan
3 Orang
Melambangkan proses pengajaran dan pembelajaran yang interaktif antara guru dan ibubapa
Rehal
Melambangkan sumber ilmu dan rujukan utama
Bumi
Melambangkan pendidikan yang universal dan mendepani cabaran dunia global