Tentang kami

Mengenai Radio BBest

Radio BBest telah memulakan siarannya pertamanya secara rasmi pada 1 Februari 2021. Radio ini merupakan radio hak milik SM Sains Kepala Batas, Pulau Pinang (SAKBA) yang menyasarkan pendengar daripada kalangan murid sendiri.

Radio ini dikendalikan sepenuhnya oleh guru dan murid sekolah melalui Team Radio Sekolah SAKBA secara online dan siarannya adalah 24 jam. Siaran radio ini langsung tidak membuat sebarang keuntungan dan hanya bertujuan untuk menghiburkan pendengar terutamanya murid SAKBA terutamanya ketika pandemik/endemik ini.

Anda jangan risau, kami tidak akan sesekali merosakkan pengalaman anda mendengar radio bersama kami. Tiada iklan dan DJ, beroperasi 24 jam tanpa henti.
K
ami sangat mementingkan kualiti audio agar anda dapat mendengar dengan kualiti audio yang terbaik.
Bagi mempelbagaikan kandungan siaran, pastinya beberapa segmen dan "kapsul info" akan disiarkan mengikut ketetapan agar pendengar semua bukan sahaja mendapat hiburan, malah dapat juga menambahkan ilmu pengetahuan yang baharu!