Setakat hari ini sahaja, Radio BBest SAKBA telah menerima lebih 500+ cadangan lagu daripada pendengar. Kesemua genre lagu cadangan seperti pop, rock dan balada sentiasa dimainkan dalam playlist kami! Pastinya ia adalah lagu terkini dan sesuai dengan minat generasi muda akan menjadi keutamaan kami bagi memenuhi cita rasa anda semua.
Radio BBest SAKBA bersiaran sepenuhnya tanpa DJ dan siaran segmen adalah mengikut Jadual Siaran. Kami sangat mementingkan kualiti audio setiap lagu yang disiarkan dan juga ‘explicity’. Setiap lagu akan ditapis dan juga dipantau kualiti audionya. Walaupun data yang disiarkan adalah kecil iaitu hanya 32kbps, namun kualiti audio di radio ini tetap menakjubkan jika didengar bersama set audio yang berkualiti tinggi.