Segmen

Bagi mempelbagaikan kandungan siaran radio BBest SAKBA selain lagu-lagu hiburan tanpa henti, kami menyiarkan segmen-segmen yang bermanfaat kepada semua pendengar. Semua segmen ini disediakan oleh murid SM Sains Kepala Batas bersama dengan guru-guru pembimbing mereka yang menyelia kandungan setiap segmen. Semoga dapat mempelbagaikan penyampaian ilmu pengetahuan dalam setiap segmen mengikut pengkhususan. Jadi, apa tunggu lagi? Dengarkan sekarang!

Segmen Tazkirah

Dalam kesibukan kita mengejar dunia, jangan dilupakan akhirat yang bakal tiba.

Marilah kita tambahkan ilmu agama dengan perbincangan topik keagamaan yang berbeza setiap hari oleh Pengawas Badan Dakwah & Rohani SAKBA.

Kandungan segmen ini disemak oleh Panitia Pendidikan Islam untuk memastikan kesahihannya terutama pada ayat Al-Quran dan Hadis.

Radio BBest bersama Pengawas BADAR (Badan Dakwah dan Rohani SAKBA) membawakan Segmen Tazkirah.
Disampaikan secara santai dan bersahaja.

Segmen ini bersiaran setiap hari, jam 7.00 malam.

Dengarkan juga siaran lagu ketuhanan, zikir dan nasyid, bersiaran setiap hari dari jam 6.45 petang hingga 9.00 malam.

Hanya di Radio BBest!

Segmen Bijak Laman Web

Laman sesawang atau laman web ialah dokumen berisi maklumat yang boleh dilawati di Jaringan Sejagat menggunakan suatu pelayar web seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan Microsoft Edge.

Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML dan biasanya, mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.

Hurmmm... Apa lagi info yang ada ye, berkenaan laman web ini?

Jom bersama Jawatankuasa Exco ITd ari Pengawas SAKBA di dalam Segmen Bijak Laman Web bagi mempelajari langkah, kaedah dan tips pembangunan laman web yang hebat dan cekap.

Segmen ini bersiaran setiap hari Isnin, jam 5.00 petang.
Siaran ulangan pada setiap hari Sabtu, jam 12.00 tengah hari.
Hanya di Radio BBest!

Segmen Fotografi

Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya.

Pola-pola cahaya yang dipantulkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu.

Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama Jawatankuasa Exco IT Pengawas SAKBA dalam Segmen Fotografi.

Segmen ini bersiaran setiap hari Selasa, jam 5.00 petang.
Siaran ulangan pada setiap hari Sabtu, jam 12.30 tengah hari.
Hanya di Radio BBest!

Segmen Healing Place

Hidup ini perlukan sokongan
Hidup ini perlukan kebahagiaan
Hidup ini perlukan keseimbangan
Hidup ini perlukan semua yang kita perlukan

Adakalanya kita buntu dalam mencari penyelesaian
Kadangkala suatu lonjakan akan memberi cetusan idea

Radio BBest bersama Pembimbing Rakan Sebaya iaitu PRS membawakan Segmen Healing Place.
Sebuah segmen yang mungkin ada solusi kepada kehidupan yang penuh ranjau.

Kandungan segmen ini disemak oleh Unit Bimbingan Kaunseling & Kerjaya bagi memastikan kesahihan info yang disampaikan.

Segmen ini bersiaran setiap hari Rabu & Khamis, jam 8.30 malam.
Siaran ulangan pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 hingga 10.00 malam.
Hanya di Radio BBest!

Segmen Borak Bola

Bola sepak, satu sukan yang tidak asing lagi dalam kehidupan harian kita.

Rumah Delphinus akan mengupas isu-isu bola sepak tanah air dan juga luar negara, info berkaitan kelab-kelab bola sepak yang ternama dan juga pemain bola sepak yang sedang dan pernah beraksi di pentas arena.

Radio BBest bersama Rumah Delphinus membawakan Segmen Borak Bola.

Segmen ini bersiaran setiap hari Jumaat, jam 5.00 petang.
Siaran ulangan pada setiap hari Sabtu, jam 3.00 petang.
Hanya di Radio BBest!

Segmen Seram

Elemen mistik dan kejadian yang tidak dapat dijelaskan memang sentiasa menjadi satu tanda tanya kepada kita.

Mengapa ia terjadi?
Kenapa ia masih berlaku?

Batch Leofex 2024 cuba mendapatkan koleksi kisah-kisah mistik ini dari kalangan rakan batch mereka, malah juga dari rakan batch yang lain.
Sudah tentu, kisah-kisah ini akan terus menghantui mereka yang mengalaminya.

Radio BBest bersama Batch Leofex 2024 membawakan Segmen Seram.

Segmen ini bersiaran setiap hari Khamis, jam 10.00 malam.
Siaran ulangan pada
setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam.
Hanya di Radio BBest!