Radio BBest telah memulakan siarannya pertamanya secara rasmi pada 1 Februari 2021. Radio ini merupakan radio hak milik SM Sains Kepala Batas, Pulau Pinang (SAKBA). Seiring dengan trademarknya, kami menyasarkan pendengar dari kalangan remaja dan golongan muda terutamanya murid-murid sekolah. Jadi, lagu-lagu yang dimainkan merupakan pilihan sepenuhnya oleh murid SAKBA dengan harapan dapat menghilangkan stress serta menambah ilmu pengetahuan melalui segmen-segmen yang kami bawakan. (Baca lagi mengenai kami)
Mainkan radio secara langsung sekarang. 👆
Radio kami boleh dimainkan di pelbagai platform seperti Radio Garden, aplikasi Winamp dan XiiaLive. Anda juga boleh terus mainkan radio dari sini!
Maklumat lanjut, di sini.
Sehingga kini, Radio BBest SAKBA telah menerima lebih 500+ cadangan lagu daripada pendengar. Kesemua lagu cadangan telah dimasukkan ke dalam playlist radio. Pastinya lagu kegemaran anda akan dimainkan!
Radio BBest SAKBA bersiaran sepenuhnya tanpa DJ dan siaran segmen adalah mengikut Jadual Siaran. Kami sangat mementingkan kualiti audio setiap lagu yang disiarkan dan juga ‘explicity’. Setiap lagu akan ditapis dan juga dipantau kualiti audionya. Walaupun data yang disiarkan adalah kecil iaitu hanya 32kbps, namun kualiti audio di radio ini tetap menakjubkan jika didengar bersama set audio yang berkualiti tinggi.
Setiap Isnin
5.00 petang
Setiap Selasa
5.00 petang
Setiap hari
7.00 malam
Setiap Rabu & Khamis
8.30 malam
Setiap Khamis
10.00 malam
Setiap Jumaat
5.00 petang