Hari Rabu!!!.... hari Rabu dah jadi macam hari keramat sebab hari Rabu lah harga minyak akan berubah. Untung-untung turun... kalo tak.. minyak naik. Taip kali harga minyak kerajaan naikkan, macam-macam whatsapp message dapat hahaha... semua org marah. Komen kata 'turun 1, 2 sen je, tapi kalo naik... dia naik kan 3, 4 sen' dan macam-macam lagi lah.
Kalo ambik contoh hari ni 31 Jan 2018, harga minyak katanya RM2.30. Naik 1 sen dari minggu lepas RM2.29 yg asalnya RM2.30 pada minggu sebelumnya. Lebih kurang kat situ jugak la harga minyak. Nasib baik tak jauh naiknya. Kalo harga minyak RM2.29 seliter (RON 95), korang percaya tak kalo aku cakap aku dapat pada harga RM2.08 seliter (RON 95)?
Aku nak share camana aku dapat minyak dgn harga murah. Kerajaan naik lah harga minyak setakat mana pun, aku tetap akan dapat harga murah dari org lain. Org kata makan sorang tak baik. Elok la share dgn korang. Kurang-kurang dapat gak pahala kat aku.
Aku nak share camana aku dapat minyak dgn harga murah. Kerajaan naik lah harga minyak setakat mana pun, aku tetap akan dapat harga murah dari org lain. Org kata makan sorang tak baik. Elok la share dgn korang. Kurang-kurang dapat gak pahala kat aku.
Kalo korang malas nak baca, korang boleh tengok video aku citer pasal cara nak beli minyak murah. Video kat atas tu ha.
Kalo rajin membaca... teruskan membaca. OK, alat (tools) yg aku guna utk beli minyak murah ialah kad kredit. Bukan semua kad kredit boleh beli minyak dgn harga murah. Aku dah survey dan kad kredit yg paling best tak kira banyak mana penggunaan kad kredit ialah Maybank Islamic Ikhwan Petronas. Aku panggil kad ni MIIP.
Kalo rajin membaca... teruskan membaca. OK, alat (tools) yg aku guna utk beli minyak murah ialah kad kredit. Bukan semua kad kredit boleh beli minyak dgn harga murah. Aku dah survey dan kad kredit yg paling best tak kira banyak mana penggunaan kad kredit ialah Maybank Islamic Ikhwan Petronas. Aku panggil kad ni MIIP.
MIIP ni tawarkan 8% rebat (rebate) setiap bulan utk pembelian minyak atau apa-apa barang dari kedai Mesra Petronas. Kita tolak tepi barang-barang lain yg dibeli dari kedai Mesra. Kira citer pasal minyak je.
8% dari harga pembelian minyak akan dipulangkan dlm (penyata) statement bulanan kad kredit MIIP. Contohnya harga minyak RM2.29. Kalo kita beli minyak seliter, kita bayar RM2.29. Tapi bila sampai penyata.... senang cakap bil. Bila bil kad kredit MIIP sampai, RM0.1832 (RM0.18 la senang kira) akan dipulangkan kat kita. Jadi, kita cuma perlu bayar kad kredit tu RM2.11. Dah murah RM0.18 (18 sen) kat situ. Kan murah tu.
Trick dia....
Nombor 1: kita kena isi minyak Petronas shj. Minyak lain tak boleh. Tak dapat diskaun atau rebat.
Nombor 2: Kita kena isi minyak pakai kad kredit MIIP. Kad kredit lain takde nya nak bagi rebat sebanyak tu.
Nombor 3: Kita kena isi minyak hari Sabtu Ahad shj. Hari lain tak dapat 8%. Hari lain dia bagi rebat jugak tapi tak banyak, 1% je.
Citer skit pasal kad kredit. Ada org cakap.... "alaaa.... kena pakai kad kredit, aku manada kad kredit. Kad kredit ni bahaya. interest tinggi". bagi aku kad kredit ni bagus. dapat menghindar dari Along hehe... Aku kata kad kredit ni bagus sebab... Takde org nak bagi hutang dgn tak banyak citer. Kad kredit je boleh bagi hutang tanpa soal. Swipe je. Satu lagi kalo pakai kad kredit utk isi minyak, tak payah sesusah nak pegi kaunter, beratur (kalo ramai org), sebut nombor pam, bayar. Masuk je kad dlm mesin kat pam. settle.
Tapi jgn la salah gunakan kad kredit. Guna kad kredit utk beli barang yg mampu je. Utk belanja yg tak mampu... belanja kecamasan je boleh pakai. Kalo ikut2 syarat tu IsnyaAllah selamat. Macam aku ni... MIIP aku guna utk beli minyak. Kalo takde MIIP pun aku tetap beli minyak jugak pakai cash. Jadi aku simpan cash tu dulu dan bayar akhir bulan ke kad kredit. Satu lagi untung kalo pakai kad kredit islamic. Islamic dgn conventional ni beza dia kat cara kira interest. Islamic tak panggil interest, dia panggil kadar keuntungan atau "profit charge". Aku nak senang cakap panggil interest je sebab yg benar-benar buat dia berbeza bukan pada nama tapi pada cara ia dikira.
Islamic takde interest atas interest. Conventional ada. Faham tak? contohnya kalau islamic korang hutang RM1,100 bulan pertama. sampai bill nanti korang cuma bayar RM100 je. Tinggal hutang RM1,000. Bulan kedua korang akan dikenakan interest atas baki hutang RM1000. katalah interest tu RM30. Hutang bulan kedua dah jadi RM1,030 betul tak?. Bulan ketiga, korang tak pakai pun kad kredit tu. Korang cuma bayar je RM100 lagi. Jadi hutang skrng ni jadi RM930. Interest bulan ketiga ni cuma dikenakan interest atas RM900 bukan RM930. Maknanya RM30 interest yg korang kena bulan sblm tu tak dikira utk interest bulan ketiga ni. Kalo di kira jugak ia dipanggil riba. Kalo bukan islamic.... interest yg dikenakan adalah berdasarkan hutang RM930. Tu la beza dia... pendek citer, Islamic takde compounding interest.
Aku nak sambung balik pasal nak beli minyak murah. Tadi kita dah dapat kurang 18sen. Harga minyak jatuh RM2.11. Aku cakap tadi aku dapat minyak pada harga RM2.08 kan? mana datang lagi RM0.03 (3sen)? jawapan dia Mesra kad. Korang mesti pernah dengar Mesra kad kan? tapu mungkin ramai tak ambik peduli. Silap besar tuu....
Untuk pengetahuan korang, Mesra kad skrng ni (masa aku tulis blog) bagi 3 point utk setiap liter. Point Mesra kad ni antara point yg bernilai tinggi. Nilai 1 point Mesra = RM0.01 (1sen). Tak payah nak banding dgn point kad kredit. Point kad kredit murah giler. 1 point kad kredit (kecuali AM BANK) = RM0.0025 (0.25sen atau suku sen). 4 point baru dapat 1sen. tak berbaloi. Jauh baiknya Mesra point.
Tadi pakai kad MIIP dapat jimat 18sen seliter. Tambah pulak Mesra dapat lagi 3sen seliter. Dah jimat 21sen. Kalo harga minyak RM2.29 jimat 21sen, tak ke harga minyak jadi RM2.08?
Update: Masalahnya hari ni 26 September 2020. Mesra bagi 1 sen je seliter. Harga minyak pulak RM1.68 seliter. Jadi, MIIP bagi jimat 13 sen (8%). Mesra bagi 1 sen.
RM1.68 - RM0.13 - RM0.01 = RM1.54. Cukup murah dah tu kan?
Point Mesra kad ni senang giler nak redeem. Tak payah pegi kaunter, isi borang bagai. Masuk je Mesra kad kat pam, angkat nozel, terus isi minyak. Selagi ada point dlm kad tu, korang boleh isi minyak. Kalo point dah habis, minyak akan berenti masuk. Senang. jadi kalo korang nak minyak murah cepat-cepat la pakai MIIP + Mesra.
Bila dah ada dua kad ni. Sampai je stesen minyak, masukkan MIIP, masuk pin, kluarkan MIIP, masukkan Kad Mesra, kluarkan Kad Mesra, angkat nozel, isi minyak. Kan senang tu. Dah la dapat minyak murah, Senang pulak tu. Tak payah tinggalkan kereta atau motor. Ada dlm wassap video mamat Z800 kena curi motor sebab tinggal kunci kat moto masa dia pegi kaunter nak bayar minyak. Kalo dia pakai kad kredit, mungkin moto dia tak hilang.
Kepada yg pakai kapcai, diorang slalu kata "segan la nak pakai kad kredit isi minyak moto. Isi pun 4 5 inggit je". Kalo korang tanya aku.... selamba je pakai kad kredit. Lantak la org nak kata apa. Yg mengata tu isi minyak RM2.29. Kita kalo pakai kad kredit + Mesra = RM2.10 je tau. Tapi terpulang lah... kalo rasa banyak duit dan tak tahan malu.... silakan isi minyak dgn RM2.29. Aku tetap nak isi minyak RM2.10. Untuk pengetahuan korang.... kad kredit punya bill tiap-tiap bulan aku dapat RM40.00 lebih. Maknanya aku jimat RM40 setiap bulan utk minyak. Sebab aku memang banyak pakai minyak. Kereta lagi.... motor lagi.... Pada yg dapat rebat 4 5 inggit tu jgn la kecewa. Kalo kurang belanja utk minyak kurang la rebat. Apadahal. Pokoknya dapat beli minyak murah.
Akhir kata Terima Kasih PETRONAS dan MAYBANK !!!
Sekian dari Acik.