Post date: May 19, 2017 9:59:27 AM
Tahu tak apa benda gyroscope? korang ada tengok motoGP? perasan tak camera yg kat belakang moto diorang tu sentiasa tunjuk gambar tegak walopon moto diorang konar dah sengat habis cecah segala benda.... lutut cecah, siku cecah, telinga cecah? biasanya motoGP je yg dipasang camera macam tu. Moto2 ngan moto3 takade rasanya. Camera yg sentiasa tunjuk gambar tegak tu la dipanggil Gyroscopic Camera. Kalo susah nak sebut.... ni cara sebut dia.... gai-ro-sko-pik
Ni contoh gambar moto yg dipasang gyroscopic camera. Tapi ni bukanya camera yg gyro. Pemegang camera tu yg gyro. Org panggil benda tu Gimbal.
Tengok tu... kan moto tgh konar. Tak lah konar cecah lutut tapi konar la... sengat jugak la moto tu. Camera tetap tegak. Kagum tak? aku masa mula-mula tengok video macam ni kat MotoGP memang kagum. Camana la diorang buat video tegak masa moto konar cecah lutut siku bagai. Rupanya itulah teknologi Gyroscope. NASA punya teknology ni kalo korang nak tahu.
Gimbal ni ada jugak dipanggil Stabilizer (Aku panggil Gimbal je lah senang nak eja). Memang menarik minat aku. Jadi nak kena carik sebijik nih... aku pun Google la. Google punya Google last-last jumpa. Dari situ aku tahu yg benda alah ni orang panggil Gimbal. Yang aku tahu sblm ni Gyroscope je. Banyak la jugak kompeni yg buat Gimbal ni.
Aku buat research skit. Alaaa..... research. Siasat, kajian. Tu lah research (cara sebut... Ri-Serch). Research punya research berkenan kat satu Gimbal ni. Kompeni yg buat dia ialah Feiyu-Tech. Ye laaaa..... kompeni China la. Skrng ni semua benda datang dari China. Murah!. Ada beberapa jenis Gimbal Feiyu ni buat. Ada yg satu paksi, ada yg dua, ada yg tiga. Ada yg untuk camera DSLR, ada yg utk camera sport....... haaaa... tak tahu ke camera pun ada sport tak sport? Bukan keta moto je. Keta sport, moto sport slalu dengar kan? Tahu apa camera sport? org putih cakap Sport Camera (senang je cakap org putih. main terbalik terbalik je). GoPro tu Sport Camera la. Kalo sebut GoPro semua org tahu. Duduk la ceruk hutan mana pun, sebut GoPro... mesti tahu apa benda tu.
Gimbal yg Feiyu buat utk sport camera ni dia ikut saiz dan bentuk GoPro. maklum la GoPro kan glamer. Semua org pakai GoPro. Tapi aku tak pakai GoPro. Tak mampu, mahai. Apa lagi.. camera China la. Tapi rupa bentuk macam GoPro. Jadi Gimbal tu boleh la masuk camera aku. Gimbal masuk camera ke... camera masuk Gimbal? tak kesah lah..... korang paham kan? janji korang paham. Yang aku frust (cara sebut... Frast) tu Feiyu ni tak buat Gimbal khas utk moto. Untuk Drone dia ada buat. Apa dia ingat mat rempit tak de duit ke? puikk! duit tu ada... cuma tak banyak. lepas la nak bagi makan anak bini, sediakan tempat berteduh, makan pakai.
Dah jenuh buat research aku pun rasa macam nak beli je Gimbal ni. Dari segi rupa Gimbal tu aku rasa yg terbaik utk moto ialah model WG. WG tu sebenarnya Wearable Gimbal. Feiyu buat model ni utk dipakai kat badan. Memang sesuai utk kaki suka jenjalan pegi sana sini makan angin, Jalan sambil pegang monopod, cakap dengan camera... cakap senyum2 pastu gelak sensorang padahal camera tu tak buat lawak pun. WG ni pulak ada 3 model. 1 paksi, 2 paksi dan 3 paksi. Aku ambik yg 2 paksi (2 axis). Nak tahu kenapa aku ambik yg 2 paksi bukan 3 paksi? 3 paksi ni sebenarnya tak elok! tak elok untuk kewangan. 3 paksi mahal. 2 paksi murah sikit. Jadi, aku ambik Feiyu WG Mini 2 axis Gimbal.
Gambar hanya sekadar hiasan. Bukan aku punya. Camera tu pun konfem bukan aku punya, GoPro tuu.... aku punya made in China. Cuma nak tunjuk mcm tu la rupa Gimbal yg aku beli dari Lazada bulan 3 lepas (March 2017). Sehari lepas order kat Lazada aku eksiden moto. Terus tak de peluang nak test benda ni. Sekarang macam dah OK sikit. Hari tu pegi test Gimbal. Pasang kat belakang moto. Moto aku tu dia punya ekor dah patah, jadi gegar kuat. Video sampai tak boleh tengok lah gegar punya pasal.
Aku ubah dari letak kat belakang ke depan atas tank. Hala kedepan. Ingat dah tak gegar rupanya gegar jugak. Ada video aku upload kat Youtube. Nasib baik kat Youtube ada feature utk stabil kan video kita kalo video tu gegar. Jadi boleh la tengok video tu. Kalo korang perasan, tarikh dgn masa kat bawah belah kanan tu bergegar. Tu maknanya video asal bergegar tapi dah di stabilkan oleh youtube.
6 Minit punya video. Video ni dah di edit. Kalo korang nak tengok video asal yg gegar kuat tu..... tak payah la tengok. Pening kepala nanti. Dalam video Youtube tu aku ada tulis Gimbal ni jadi tak berapa betul bila aku konar. Lepas konar ke kanan, Gimbal tu akan tunduk kebawah. Lama lama nampak handle dgn kunci moto aku je. Tu satu benda yg aku tak berapa gemar dgn Gimbal ni (selain gegar). Maklum la Gimbal ni dibuat utk dipakai kat badan bukan utk pasang kat moto. Kalo nak pasang kat moto jugak, kenalah keratif cari cara nak jadikan dia sempurna dok?
Pasal gegar tu aku rasa kedudukan Gimbal tu yg tak berapa elok. Nanti aku cari kedudukan yg ngam yg boleh kurangkan gegar. Camera pun main peranan juga. Camera aku ni cap ayam. beli tahun 2014. lama giler. Camera sekarang dah ada yg built in stabilizer. yg dah ada gyro macam GoPro Hero4, Hero 5, SJCAM 6.
Tengok tau video ni kat Youtube!
Benda yg aku suka pasal Feiyu WG mini ni:
Benda yg aku tak suka pasal Feiyu WG mini:
Update 10 Sep 2017:
12hb Ogos hari tu aku ada join Track Day anjuran GIXXER Malaysia. Alang2 dah ada Feiyu aku pasang la kat atas tank. gambar macam biasa, gambar camera murah China. Bukan nak cerita pasal kualiti gambar tapi bab gegar. Gegar memang kuat. Korang boleh tengok sendiri gegar camana kalo tak pakai Youtube stabilizer. Aku rasa gimbal ni bukan penyebab gegar. Yg bergegar tu mungkin sebab mounting. Cara aku mount gimbal yg buat dia gegar.
Untuk membuktikan yg teori aku tu betul. aku tengah mencari cara mount Feiyu supaya tak gegar atau kurang2 pun gegar sikit je. Kat eBay ada satu camera mount yg letak kat atas tank. Aku nak order la. Nanti kita tengok gegar lagi ke tidak dengan pakai mounting tu.
Kalo korang perasan masalah "Bila konar dia tunduk kebawah" dah takjadi dlm video ni. Aku dah jumpa setting camana nak bagi ilang masalah tu. Feiyu Mini ada 2 setting je. Setting pertama korang boleh set camera nak tunduk atau dongak setakat mana. Setting kedua tak boleh ekjas. Camera akan sentiasa sama atau selari dengan body gimbal. Aku pakai setting kedua,selesai masalah 'camera tunduk'
Update 31 Jan 2018
Aku dah dapat dah benda yg nak mount gimbal kat atas tank motor. Cuab pakai masa track day GIXXER Malaysia pada 31 Dec 2017 ari tu. Cuma nya kali ni aku try dgn camera baru. Camera lama tu tak gambar tak cantik. Kali ni aku beli SJ7 STAR. Buatan China jugak tapi gambar dia jauh lagi cantik dari yg lama tak berjenis tu. Gegar memang hilang terus pakai Tank mount. Gegar kecik-kecik pulak di hilangkan oleh SJ7 STAR. SJ7 STAR ni dia ada built in stabilizer atau gyro jadi dia boleh stable kan video stakat gegar sikit-sikit.
Macam aku cakap dulu gimbal FeiYu WG Mini ni boleh jugak utk guna bila kita jalan-jalan. Aku ada try pakai camera SJ7 STAR lekat dekat WG Mini gimbal. Video takde gegar langsung walaupun kita tengah berjalan. Biasanya kalau kita berjalan, video akan gegar sebab setiap kali melangkah akan menyebabkan gegar. Dengan adanya gimbal ni tambah pulak SJ7 STAR ada built in gyro, video memang tak gegar langsung. Cantekkk....
Cuba korang tengok video tu. Kan tak gegar. Smooth je. Video tu aku rekod masa dah habis Track Day GIXXER Malaysia 31 Dec 2017. Penutup Track day utk tahun 2017.
Untuk Tank mount tu pulak korang boleh check video bawah ni... yg ni aku pasang Tank mount kat atas tank motor aku, Gimbal pasang kat mount tu, camera pulak pasang kat gimbal. Gambar memang cantik tak gegar. Video kualiti pun cantik banding dgn camera lama. Of course la kan? camera baru. Tapi tak leh lawan GoPro la kot. GoPro mahal benor. Tak mampu.
Sekarang ni aku dah complete. Dah dapat cara nak pakai gimbal atau gyro kat motor dan rekod video yg cantik tak gegar. Ooo... satu benda lagi. Bukan camera je aku tukar baru, motor pun aku tukar. Tambah hutang.
Sekian....