Post date: Dec 8, 2011 1:27:27 PM
Tajuk pun dah dalam Bahasa Malaysia jadi cerita pun dalam bahasa Malaysia (tapi bukan bahasa Malaysia baku, campur-campur jugak). Kebanyakan rakyat Malaysia yang bawak motosikal memiliki lesen memandu kelas B2 (untuk motosikal 250 c.c kebawah). Ni nak cerita pasal lesen B (untuk motosikal 500 c.c keatas).
Sekarang ni tengok atas jalan makin banyak motor berkuasa tinggi. 250 c.c tak kira berkuasa tinggi tau... he he.. sorry Kawasaki Ninja 250 owners. Dah jadi macam trend. Percaya tak kalau aku cakap diorang tu kebanyakannya takde lesen B. Paling kuat pun lesen L B full je. Banyak faktor yang buat mereka tu takde lesen. Antaranya:
1. Takde masa nak pegi test/exam
2. Bayar nak ambik lesen B mahal tak hengat.
3. "aku bukannya nak bawak pillion. Tak payah B full la"
Tak kira lah apa alasan mereka, masa aku nak ambik muto dulu. Dulu tak dulu jugak. Baru bulan May lepas. Lepas satu Driving School ke satu Driving School aku tepon tanya pasal nak ambik lesen B. Rata-ratanya semua bagi rate yg lebih kurang. RM600 ke RM800. Tak kira dah ada lesen B2 atau tak. Diorang kata walaupun dah ada lesen B2, nak kena masuk dengar ceramah JPJ selama 8 jam jugak. Aku dah lemah semangat dah. Dah la muto mahal, nak ambik lesen pun mahal? ampeh.
Nak di pendek kan cerita, ada sorang kawan pegi post kat dalam Facebook yg dia baru angkat Harley 1200 c.c. Aku tanya la dia 'kau beli muto ni ada lesen ke nak bawak nanti?' rupanya dia ada lesen L B full. Ikut kan cerita dia, Lesen L B full bukan susah nak dapat. Pergi je ke JPJ bawak duit 30 ringgit, fotostat MyKad, gambar 2 keping, fotostat lesen B2. Tu je. Antara nak percaya dengan taknak je cerita dia ni. Bukan tak percaya kawan tapi dah banyak Driving School aku tanya, takde satu pun cakap cam tu. Tak puas hati punya pasal Aku tepon balik Driving School cerita pasal kawan yg dapat buat L selamba je tak payah dengar ceramah pun. Ada satu tu siap tanya 'Bila kawan encik buat leseb L tu? start tahun 2011 ni dah tak boleh dah. JPJ dah ubah syarat' perghhh..... kena kencing idup-idup. Orang Terengganu cakap 'kena lebong atah darat'.
Di pendek kan cerita, Acik pun siapkan apa yg patut dan pergi ke JPJ Tasik Permaisuri. Masuk tingkat bawah (JPJ ni 2 tingkat), pergi kaunter cakap 'Saya nak renew Lesen L untuk ambik lesen B full'. Brader yg jaga kaunter selamba je bagi Aku borang. Tak de reaksi pelik atau terkejut pun. Dah siap isi borang, naik tingkat 2 ambik nombor. Bila nombor dipanggil, terus ke kaunter, hulurkan semua dokumen pada yg jaga kaunter tu. Dia ni pompuan muda. Dia tengok dokumen aku, tiba-tiba tanya aku dengan nada nak marah 'Encik ni nak buat apa ni?' Kimak betul pompuan ni. Tanya elok-elok tak boleh ke? kebetulan ada sorang akak lalu belakang dia. Tengokkan pompuan ni bising-bising, akak tu tanya 'kenapa ni?' pompuan tu jawab 'Dia ni ha... nak buat Lesen L utk B full... mana boleh....' akak tu relax je cakap dengan nada rendah dan sopan 'boleh... ada B2 kan? dokumen semua cukup?' akak tu tolong check kan dokumen aku. 'Encik punya fotostat lesen yg renewal tu mana? pegi fotostat dulu pas tu datang balik sini. tak payah ambik nombor baru' sejuk sikit hati aku walaupun kena pegi cari kedai fotostat. Pompuan tadi tu dah diam. Agaknya dah malu sebab nampak kebodohan diri sendiri. Lupa nak cakap, masa ni dia mengandung. By the time aku tulis ni aku rasa dia dah beranak dah kot. Mesti sakit giler masa dia nak beranak tu sebab banyak dosa ngan orang. ha ha ha... satu lagi aku rasa laki dia ni kerja Driving School kot sebab tu dia marah, laki dia tak boleh con orang lagi lepas ni. ha ha ha...
Habis cerita kat JPJ, aku dah dapat lesen L B full. Elok pulak ada member bagi nombor tepon driving school yg ambik RM350 je utk buat lesen B. Sekali lagi rasa macam tak percaya. Murah sangat tu. Percaya tak percaya call je driving school tu dan konpom memang RM350 je harga dia. Terus pergi register. Driving school ni kat area Hulu Langat. Lepas sebulan ambik lesen. Sekali test terus lulus. Alhamdulillah. So, sekarang ni aku dah ada dua huruf kat lesen aku. Huruf sahaja tau tak de nombor. huruf B dengan D sahaja. he he he...
Moral dia:
Habis cerita Lesen. Lepas ni cari muto la pulak... kan kan?
Update September 2020: Sekarang ni (lepas 9 tahun), Driving school yg aku buat lesen dulu dah takde. Telefon pun dah tak berjawab. Jadi aku tak boleh dah nak share contact driving school. Lagi pun, dengar-dengar sekarang kos nak buat lesen B memang mahal. RM600-RM800. Cuma nya kalo dah ada lesen L mungkin murah sikit. Member2 yg baru buat lesen, diorang pegi ke Kuala Kubu Baru. Tapi ikut citer member2, aku tak berapa suka servis mamat yg uruskan ni. Endah tak endah je. Maklum la dah ramai yg ambik dgn dia. Dah masyukkk.