SEJARAH SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
SEJARAH SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
SEJARAH SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
POLIS DIRAJA MALAYSIA
SILAT GAYONG
Pada awal tahun 1970’an beberapa anggota telah mempelajari seni mempertahankan diri Silat Gayong di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Seni ini hanya berkembang diperingkat PULAPOL Kuala Lumpur sahaja.
JUDO
Selepas itu, seni mempertahankan diri Judo diperkenalkan kepada anggota PDRM dan satu kursus keperingkat talipingang hitam telah diadakan di PULAPOL Kuala Lumpur. Seni ini juga tidak berkembang.
SENI SILAT POLIS
Pada tahun 1976, PDRM telah memperkenalkan Seni Silat Polis (SSP) yang mengabungkan beberapa seni beladiri seperti Silat, Judo, Karate Dan Tae Kwando. Memandangkan SSP tidak mempunyai tahap talipinggang mengikut gred dan Sukan SSP pula tidak dapat diketengahkan keperingkat kebangsaan dan antarabangsa, ianya hanya bertahan sehingga ketahun 1995.
TAE KWANDO
Pada tahun 1981, beberapa Formasi Pasukan Polis Hutan (PPH) telah memperkenalkan Tae Kwando ITF. Seni ini tidak mendapat perhatian disebabkan ITF tidak diiktiraf oleh Majlis Olimpik Antarabangsa.
Paada tahun 1987, PULAPOL Kuala Lumpur telah memperkenalkan Tae Kwan Do WTF kepada beberapa anggotanya dan satu latihan sepenuh masa telah diadakan sehingga keperingkat talipinggang hitam. Selepas itu seni ini hanya bergerak aktif dalam sukan peringkat kebangsaan sahaja hingga ke tahun 1993.
KARATE
Pada tahun 1988, PDRM telah menghantar satu pasukan karate terdiri daripada pegawai dan anggota yang telahpun mempelajari karate beberapa aliran dalam Malaysia dan menyertai kejohanan karate kebangsaan dimana 3 anggota telah dipilih mewakili negara ke Sukan Sea 1989. Semenjak itu seni ini telah mendapat perhatian pucuk pimpinan PDRM. Maka dengan itu, sukan karate telah dijadikan sebagai acara sukan tahunan PDRM dan telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan disemua formasi.
Pada tahun 1992 Persatuan Karate PDRM telah ditubuhkan dan bergabung dengan Persatuan Karate Malaysia (MAKAF) diatas nama Majlis Sukan PDRM. Pada tahun 1996, Karate telah dijadikan salah satu pelajaran wajib kepada semua pelatih dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi anggota disetiap Kontinjen/Bde. PGA/Formasi dan PULAPOL Kuala Lumpur.
Bagi meletakkan Karate PDRM setaraf dengan Karate Kebangsaan, maka satu rombongan Persatuan Karate PDRM yang diketuai oleh Datuk Zulkifli bin Mat Noor selaku Presiden Persatuan Karate PDRM telah pergi ke University Of Art. Northridge Los Angeles USA bagi mangadakan perbincangan dan pendaftaran dengan Persekutuan Karate Shotokan Antarabangsa (SKIF) berpusat di Kaguhara Tokyo Jepun dimana Mahaguru Hirokazu Kanazawa (10th DAN) diberi pengiktirafan menaikkan tahap talipinggang dari 2nd DAN hingga 8th DAN, manakala tahap talipinggang dari 9th KYU (Putih) hingga 1st Dan (Hitam) diberi pengiktirafan kepada S/Insp. Ramly bin Abdullah (5th Dan), S/Mejar Othman bin Abdullah (4th DAN), Sjn Aias bin Hj Saparon (4th DAN) dan Kpl Abdullah bin Hj Aziz (4th DAN).
Hasil perkembangan seni mempertahankan diri karate telah mencapai sehingga seramai 590 pegawai dan anggota yang diitiraf talipinggang hitam dari 6th DAN hingga 1st DAN dan 16,567 diiktiraf talipinggang kuning hingga coklat.
Arahan Petadbiran Bil 9/2005 (Seni Mempertahankan Diri) telah dikeluarkan dimana Karate telah dijadikan pelajaran wajib bagi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Silibus Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) disemua Pusat Latihan Polis.
TEKNIK PENANGKAPAN
Pada tahun 1998, Cawangan Seni Mempertahankan Diri (SMD) PULAPOL Kuala Lumpur telah memperkenalkan Silibus Teknik Penangkapan yang digabungkan dari beberapa teknik yang terdapat dalam seni beladiri yang dipelajari sebelum ini. Teknik Penangkapan mempunyai sistem pembelajaran selaras dengan penugasan PDRM, ianya juga merangkumi teknik pemeriksaan dan teknik gari.
Sekiranya cadangan mana-mana pihak untuk mempelajari atau didedahkan dengan apa-apa ilmu beladiri maka teknik-teknik yang sesuai akan dimasukkan kedalam Silibus Teknik Penangkapan.
KOBUDO
Pada tahun 1995, beberapa anggota telah dihantar ke Pusat Latihan Kobudo (Weapon) di Seremban Negeri Sembilan. Seni ini memdedahkan kecekapan menggunakan senjata Bo (Kayu 6’), Askama (Kayu 2’) dan Tongfa (T-Baton). Beberapa siri kursus Kobudo telah diadakan khusus kepada pemegang talipinggang hitam karate.
AIKIDO
Pada tahun 2000, pucuk pimpinan PDRM telah memperkenalkan Seni Aikido dan beberapa anggota telah mempelajari seni beladiri tersebut. Teknik Aikido telah diserapkan kedalam Silibus Teknik Penangkapan.
T-BATON
Pada tahun 2006, PDRM telah menghantar beberapa Jurulatih Karate mempelajari T-Baton di Akademik Polis Singapura. Sejak itu PDRM telah menerima pakai T-Baton kepada semua anggota dan T-Baton dijadikan silibus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).
T-Baton adalah kesinambungan karate dimana di Negara Jepun, ahli karate yang mahir dengan teknik ketangkasan tangan kosong akan menyambung ilmu Aikido. Tongfa adalah nama sebenar T-Baton dimana Polis Amerika telah mengubahsuai sistem pembelajaran yang sesuai dengan penugasan penguatkuasaan.
Penerimaan T-Baton dalam PDRM amat mengalakkan, ini adalah disebabkan kebanyakan anggota PDRM mempunyai asas karate.
SILATOM
Baru-baru ini Silatom (Silat + Tomoi) telah diperkenalkan dan seni beladiri ini lebih menjurus kepada teknik kuncian, ianya sesuai diserapkan kedalam silibus Teknik Penangkapan.
PENUTUP
Diatas pengalaman yang lalu, maka karate adalah sesuai dikekalkan sebagai Seni Mempertahankan Diri PDRM dan sukatan pelajaran kepada semua pelatih dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) diatas asas-asas berikut:-
1. Bersifat Defensive bagi pengamalnya.
2. Mempunyai kemahiran dab ketangkasan tangan yang amat sesuai dengan pembelajaran T-Baton dan Teknik Penangkapan serta kepantasan penggunaan senjata api.
3. Semua pengamal akan taat setia kepada kepimpinan PDRM tanpa berbelah bagi.
4. Dapat mempertingkatkan tahap jasmani yang tinggi dan minda yang sihat.
5. Pengurusan tertinggi adalah anggota PDRM sendiri.
6. Semua bentuk yuran greding akan dikenakan kepada setiap ahli dengan bayaran yang minima serta semua yuran akan dimasukkan kedalam Tabung Karate PDRM.
7. Sukan Karate telah menempah nama diperingkat kebangsaan dan antarabangsa dimana beberapa anggota telah mewakili negara sebagai atlit dan pegawai teknikal.
8. Mempunyai sukatan pelajaran yang lengkap dan telah dibukukan.
9. Diiktiraf oleh Majlis Olimpik Antarabangsa, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Sukan Negara, Persekutuan Karate Malaysia dan Persekutuan Karate Shotokan Antarabangsa.
10. Kata dan jurus adalah gabungan teknik-teknik beladiri tangan kosong yang pantas, tangkas dan bertenaga.
Semuga seni mempertahankan diri karate yang masih bergerak aktif akan terus kekal dalam silibus Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Adalah diharapkan agar semua anggota dapat mempelajari seni Karate dan T-Baton sebagai persediaan menghadapi ancaman semasa bertugas masa kini.
Persatuan Karate PDRM perlulah didaftarkan dengan Pesuruhjaya Sumpah supaya segala aktiviti dapat dilaksanakan dengan teratur dibawah Akta Pembangunan Sukan.
Sekian,
Disediakan pada:
15 Sept. 2008