TAFSIRAN
TAFSIRAN
PULAPOL KL ertinya Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Komandan ertinya seorang Pegawai Polis yang diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara untuk mengawal PDRM mengenai mana-mana formasi yang ditentukan oleh Ketua Polis Negara.
Pegawai Pemerintah ertinya seorang Pegawai Polis yang diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara untuk mengawal Polis Diraja Malaysia mengenai mana-mana negeri, kawasan, tempat, formasi atau daerah Polis dan ditetapkan.
Pegawai Kanan Polis (PKP) ertinya Inspektor Percubaan hingga Ketua Polis Negara.
Pegawai Rendah Polis (PRP) ertinya Pegawai Rendah Polis daripada pangkat Sub Inspektor hingga Konstabel termasuk PRP Sokongan dan PRP Orang Asli.
CIPS singkatan Cawangan Integriti dan Pematuhan Standard.
KCIPS singkatan Ketua Cawangan Integriti dan Pematuhan Standard.
PTT ertinya Pengawas Tatatertib iaitu PRP bertugas di Cawangan Integriti dan Pematuhan Standard.
Pegawai Penyiasat Tatatertib ertinya mana-mana pegawai polis berpangkat Sarjan ke atas yang diarah menjalankan siasatan tatatertib.
10. Pegawai Tatatertib merujuk kepada mana-mana pegawai polis selaras dengan Per. 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan surat rujukan KPN (PR) 42 bertarikh 09 Okt. 2009.
11. Pegawai Polis ertinya semua Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis.
12. PBT ertinya Pihak Berkuasa Tatatertib.
13. LTT ertinya Lembaga Tatatertib.
14. Staf PULAPOL KL ertinya mana-mana Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam yang bertugas di bawah pentadbiran PULAPOL KL.
15. Disiplin ertinya:-
· Latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri dan patuh pada tatatertib.
· Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.
· Kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan.
· Hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan.
16. Peserta PLAK ertinya mana-mana orang yang menjalani Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) mengikut tempoh yang ditetapkan.
17. Peserta Kursus ertinya mana-mana Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam dari jabatan PDRM atau mana-mana kakitangan dari jabatan / agensi luar PDRM yang menjalani kursus perkhidmatan / latihan asas / Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) / seminar / bengkel dan sebagainya.
18. Aduan ertinya pernyataan melalui penulisan, telefon dan sebarang bentuk media sosial terhadap rasa tidak puas hati atas mutu perkhidmatan, pelanggaran peraturan dan salahlaku Staf atau Peserta PLAK atau Peserta kursus.
19. Pemeriksaan Kawal Selia Pematuhan ertinya pemeriksaan pematuhan yang dijalankan di semua cawangan / bahagian / unit yang berpaksikan PTKPN, arahan-arahan pentadbiran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard serta arahan-arahan semasa.
20. Pemeriksaan mengejut ertinya pemeriksaan yang dilaksanakan berdasarkan maklumat, aduan dan arahan semasa.
21. Pemeriksaan berkala ertinya pemeriksaan yang dirancang dan berjadual.
22. Ketua Pasukan Pemeriksa ertinya Individu yang mengetuai pemeriksaan pematuhan.
23. Salahlaku ertinya pelanggaran tatatertib.
24. KST ertinya Kertas Siasatan Tatatertib.
25. KET ertinya Kertas Enkuiri Tatatertib.