Galeri secara maya ini dilakukan bagi memenuhi keperluan projek kursus Muzium dan Galeri SCY4103. Galeri ini memaparkan koleksi Seni Manik kaum Rungus daripada Puan Molatak Majingkan iaitu Pinakol. Pinakol merupakan warisan tidak ketara. Dikatakan warisan tidak ketara kerana, Pinakol adalah seni manik kaum Rungus yang keahlian pembuatannya diwarisi dari generasi ke generasi. Dalam pameran secara maya ini, pemilik koleksi, pengenalan, sejarah, fungsi, motif dan ciri-ciri, pemodenan dan cara pembuatan Pinakol ada ditunjukkan. Kursus ini merupakan bimbingan pensyarah Dr. Suraya Binti Sukri.