Pesanan secara Cash-On-Delivery (COD) telah diperkenalkan pada 5hb Mei 2022 untuk Rakan Penghantar ShopeeFood Malaysia. Berikut adalah langkah-langkah untuk anda menjalankan pesanan COD.
Rakan Penghantar akan mendapat notifikasi pesanan baru seperti sediakala. Sila tekan butang 'Accept' untuk menerima pesanan tersebut.
Anda akan dimaklumkan jika pesanan itu melibatkan COD hanya apabila telah menerima pesanan.
Terdapat 2 jenis arahan dibawah kategori ‘Cash Payment' (Bayaran Tunai) yang akan tertera dalam butiran pesanan:
Pay to Restaurant (Bayar kepada Restoran)
Collect from Customer (Ambil bayaran daripada Pelanggan)
Pastikan anda meneliti dan ikuti arahan sistem dengan betul.
Sistem akan memaparkan peringatan untuk mengumpul wang tunai daripada pihak pelanggan.
Paparan Sejarah Transaksi (Transaction History) untuk Pesanan COD
Soalan Lazim Pesanan COD
Untuk layak menerima pesanan COD, Driver Wallet anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya baki RM50.
Tidak, bayaran kepada pihak restoran akan ditolak daripada Driver Wallet anda. Wang tunai yang anda terima adalah hak anda sepenuhnya.
Tidak, anda tidak perlu membayar pihak vendor. Anda hanya perlu mengambil pesanan daripada restoran seperti biasa dan kumpul wang tunai daripada pihak pelanggan untuk pesanan COD semasa penurunan pesanan (Drop Off).
Bayaran upah penghantaran anda akan dibayar seperti biasa, iaitu dikreditkan ke dalam Driver Wallet anda.
Jika pelanggan tidak dapat dihubungi dan anda sudah menunggu di lokasi penurunan yang tepat lebih daripada 5 minit, sila hubungi Khidmat Pelanggan ShopeeFood di 03-2777 9222 atau chat Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan selanjutnya.
Advanced deposit tersebut akan dikembalikan ke Driver Wallet anda dalam tempoh masa 5 hari bekerja selepas pengesahan kes pembatalan tersebut. Sila pastikan anda menghubungi talian Khidmat Pelanggan ShopeeFood di 03-2777 9222 apabila berhadapan dengan isu pembatalan pesanan atau isu-isu berkaitan dengan pesanan melibatkan COD.
Ya, anda disarankan untuk menyediakan wang kecil (floating cash) sebagai wang baki jika pelanggan memberi jumlah wang yang lebih besar daripada bayaran sepatutnya.