Semua Rakan Penghantar yang berdaftar dan bekerja bersama ShopeeFood dinasihatkan untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang melanggar peraturan/Terma dan Syarat yang telah dipersetujui semasa proses pendaftaran.
Tindakan pematuhan akan dikenakan dan akaun driver anda akan digantung jika anda dikesan terlibat dalam aktiviti mencurigakan seperti yang tertera dalam "ShopeeFood Delivery Partners Terms of Service" kami.
Panduan Tatatertib Rakan Penghantar ShopeeFood
Soalan Lazim Mengenai Sistem Pematuhan
Terdapat beberapa kesalahan yang boleh menyebabkan akaun Driver disekat:
Kelakuan kurang sopan
Melengkapkan pesanan sebelum tanpa melakukan penghantaran
Pembatalan pesanan dengan kerap / mencurigakan
Pelanggaran protokol kesihatan
Mendedahkan maklumat pelanggan tanpa keizinan
Menghubungi pelanggan selepas penghantaran tanpa sebab / alasan jelas
Menggunakan/menghantar pesanan bagi pihak driver yang lain
Aktiviti penipuan/manipulasi aplikasi
Pelanggaran undang-undang jalan raya
Melakukan/terlibat aktiviti jenayah
Penggunaan dadah/alkohol
Gangguan seksual
Sistem Pelanggaran Etika Pematuhan Automatik telah dilaksanakan bermula 22hb Ogos 2022. Sekiranya anda didapati melanggar etika pematuhan Rakan Penghantar ShopeeFood, anda akan menerima mesej notifikasi berkenaan di Driver App seperti gambar berikut:
Soalan Lazim Mengenai Permohonan Rayuan Atas Penggantungan Akaun
Ia berdasarkan tahap keseriusan kesalahan. Anda boleh menghubungi CS untuk mengetahui sama ada kes anda dibenarkan membuat permohonan rayuan dan langkah-langkah untuk membuat rayuan.
Anda akan mendapat maklum balas dari pihak ShopeeFood melalui notifikasi aplikasi dan emel.
Tidak. Akaun anda akan disekat dan hanya dibenarkan untuk mencuba sekali lagi selepas 30 hari. Akaun Driver anda akan kekal disekat sepanjang tempoh tersebut.
Anda harus menyemak emel tentang kesalahan dan tempoh akaun Driver anda disekat.