01 Bagaimana cara mendaftar untuk menjadi seorang Rakan Penghantar ShopeeFood?
- Pemohon baru boleh mendaftar untuk menjadi seorang Rakan Penghantar ShopeeFood dengan memuat turun aplikasi ShopeeFood Driver MY di AppStore atau Google PlayStore dan mengisi borang atas talian dan penyerahan dokumen wajib.
Klik SINI untuk maklumat lanjut
02 Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya ingin mengemaskini maklumat dalam aplikasi Driver?
Isikan maklumat anda dan pilih jenis maklumat yang anda ingin dikemaskini di dalam Borang Permohonan Penukaran:
https://help.shopee.com.my/portal/webform/f7bc284f13c646f8965ba91be98e24ee
Klik SINI untuk maklumat lanjut
03 Dokumen yang perlu anda serah untuk menjadi seorang Rakan Penghantar
Dokumen yang perlu anda serah untuk menjadi seorang Rakan Penghantar:
Swafoto
NRIC (Depan/Belakang)
Lesen memandu (B2/B Full)
Cukai jalan
Penyata Bank
Geran
Laporan Perubatan (Jika melebihi umur 60)
04 Apakah syarat kemasukan untuk menjadi Rakan Penghantar ShopeeFood?
Berumur lebih 18 tahun (selepas hari lahir)
Warganegara Malaysia, dengan IC biru.
Akses kepada motosikal (Lesen L tidak dibenarkan).
Mesti memiliki telefon pintar dengan aplikasi Appstore/Playstore
05 Apa yang perlu saya lakukan jika saya tidak dapat datang pada tarikh yang dijadualkan untuk mengambil Atribut/Alat saya?
Usah risau, sekiranya anda tidak dapat hadir temujanji di Delivery Partner Center (DPC) pada tarikh yang ditetapkan, anda boleh datang pada hari seterusnya.
06 Apakah yang perlu dilakukan sekiranya akaun ShopeeFood Driver saya belum aktif / dalam proses pengaktifan?
Jika anda adalah pemohon Lembah Klang dan Johor:
Sistem kami akan mengaktifkan akaun ShopeeFood Driver anda serta merta setelah anda menerima jemputan dan hadir ke Delivery Partner Center (DPC) untuk pembelian Gear.
Jika anda adalah pemohon Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Perak, Melaka:
Setelah anda menerima Gear menerusi servis kurier, anda akan menerima Kontrak ‘Terms of Service’ melalui Whatsapp. Akaun anda akan diaktifkan dalam masa 2 - 3 hari bekerja setelah anda mengisi kontrak tersebut.
07 Bagaimana cara untuk saya (Rakan Penghantar Penang, Sabah, Perak, Melaka) membeli Peralatan Asas?
Sila pastikan bahawa anda telah menerima mesej Whatsapp yang menyatakan anda perlu meneruskan proses pembelian peralatan. Klik pada pautan yang diberikan (https://bit.ly/SFDriverFullSet) untuk terus ke Laman Rasmi ShopeeFood di Aplikasi Shopee bagi pembelian peralatan.
08 Bagaimana cara untuk mengira driver rating ?