19 Mac 2025 - Telah berlangsung pada hari ini Program Kacau Bubur Lambuk bersempena Ihya' Ramadan 2025 anjuran bersama KEKiTA, Pusat Islam PTSS , UPIM Jabatan Pengajian Am dan Puspanita PTSS Perlis.
Sebanyak 10 periuk besar Bubur Lambuk telah dimasak secara bergotong royong di Pusat Islam Luqman AlHakim PTSS. Peserta terdiri daripada ahli-ahli KEKiTA, KEKiTA, JK Pusat Islam PTSS , ahli UPIM Jabatan Pengajian Am dan Puspanita PTSS Perlis.
Bubur lambuk yang telah siap dibungkus diedarkan kepada semua kakitangan, pelajar dan pekerja sokongan.
Semoga penganjuran program seumpama ini dapat mencapai objektif untuk mengeratkan ukhwah sesama kakitangan PTSS khususnya dan pelajar amnya.
Lensa kamera sekitar program berlangsung 👇🎥 Â
#IhyaRamadan2025
#KacauBuburLambuk
#ukhwahPTSSÂ