Majlis Sambutan Ramadhan 

Pada 6 Mac 2024 telah berlangsung Majlis Sambutan Ramadhan Puspanita PTSS Perlis.

Majlis bermula pada jam 3.00 ptg dengan ucapan kata-kata aluan dari Pengerusi Puspanita PTSS Cawangan Kecil JPPKK, Puan Salmi Bt Abdulillah.

Kemudian Majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dengan pimpinan Ustazah Suhaila (Ketua Biro Agama & Kerohanian).

Sesudah selesai bacaan Yasin, majlis diteruskan dengan penyerahan surat lantikan kepada Jawatankuasa Puspanita baru yang menggantikan jawatankuasa-jawatankuasa yang berpindah dan bercuti untuk menyambung pengajian.

Pengerusi juga menyerahkan cenderahati kepada Pn. Azima yang menyerahkan jawatan beliau sebagai Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga kepada Puan Maisarah Bt Zakeria. Puspanita PTSS mengucapkan ribuan terima kasih di atas khidmat bakti sepanjang bersama Puspanita.

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringkas dan bersurai pada jam 5 petang.