Lawatan dari Pengerusi Puspanita JPPKK Pn.Rusiah bersama Puspanita PTSS 

Lokasi pertama: #Nat Pokok Getah.

Sebab apa panggil pokok getah? Sebabnya gerai-gerai nya dicelah-celah pokok getah.

Pasar sehari yang viral ni macam-macam ada.  Jika singgah di Perlis dah jadi Lokasi wajib untuk singgah

#puspanitaptss 

#lawatanKePerlis

Waze/gmaps: Nat pokok getah pauh Arau


Lokasi ke-dua: #Superfruit Valley Chuping

Hari ni team Puspanita merasai pengalaman melihat buah tin segar dari ladang.

Selain buah tin, ladang ni juga ada macam-macam jenis tanaman seperti

buah gac, buah naga, mulberry, gooseberry, jambu mawar dan pelbagai 13 spesis lemon. Buah-buahan ni semua  sangat-sangat tinggi khasiatnya sebab tu digelar "Superfruit".

Terima kasih kepada salah seorang pengusaha (lupa kami nak tanya nama) kerana bawak kami 'tour' tengok ladang Dan berkongsi khasiat-khasiat setiap buah-buahan. Sambil tu dapat juga merasa buah-buahan fresh dari ladang

Untuk yang berminat nak melawat ke sini boleh ikut direction dari Padang Besar lalu ikut ladang tebu.. 100 meter ja dari UPP.. belok kiri.. ada signboard kat situ...

Ok jom layan gambar-gambar

#puspanitaJPPKK

#puspanitaptssPerlis